RM2.6 wang 1MDB?

5 Januari 2014

BANTUAN RM100 : Seramai 5.4 juta pelajar terima bulan ini.


Seramai 5.4 juta pelajar sekolah rendah dan menengah seluruh negara di beritakan akan menerima bantuan awal persekolahan sepertimana yang dijanjikan kerajaan.

Kerajaan memperuntukkan RM540 juta untuk program itu tahun ini. Ia bertujuan bagi meringankan beban kewangan ibu bapa bermulanya sesi persekolahan anak-anak.


Ini adalah tahun ketiga kerajaan menyediakan bantuan persekolahan tersebut yang akan memanfaatkan pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negara.


Bagi mengelak bantuan itu disalah guna atau tidak sampai kepada golongan sasar. Wang bantuan tersebut tidak akan diserahkan kepada orang tengah atau wakil ibu bapa dan pelajar.

Dalam pada itu, Datuk Seri Najib Razak berharap semua pelajar menjalani pembelajaran mereka dengan selamat di sekolah seluruh negara yang bermula kelmarin.


“Selamat belajar kepada semua. Lebih 5 juta pelajar akan terima RM100 bermula 15 Januari ini,” kata beliau dalam Tweet terkininya semalam.

MP: Satu lagi janji ditepati... Syukur!

ARTIKAL TERDAHULU: KLIKSINI

Reaksi:

0 ulasan:

Catat Ulasan

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.