#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

26 January 2014

SKIM GALAKKAN USAHAWAN: Johor satu-satunya negeri mengeluarkan tawaran.


RM2j bantu wanita Johor berniaga.

Kerajaan negeri menyediakan peruntukan sebanyak RM2 juta di bawah Skim Galakan Usahawan pada tahun ini bagi meningkatkan penyertaan lebih ramai golongan wanita muda menceburi bidang perniagaan.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Ismail Mohamed berkata, peruntukan itu telah diluluskan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin dan jumlah dana akan ditambah sekiranya mendapat sambutan menggalakkan.

YB. Ismail Mohamed

"Kita mahu wanita muda khususnya ahli-ahli Pergerakan Puteri UMNO terlibat dalam perniagaan antaranya dalam bidang andaman perkahwinan kerana perniagaan ini boleh dilakukan di kampung dan tidak perlu berhijrah ke bandar.

"Bidang perniagaan atau perkhidmatan ini masih kurang diteroka sedangkan perniagaan ini menjanjikan prospek masa depan yang cerah kerana permintaannya berterusan setiap masa," katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Kunci Rumah Veteran 1Malaysia di Kampung Bukit Batu, Bukit Pasir, dekat sini kelmarin.


Yang turut hadir, Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Noriah Mahat; Naib Presiden 1 Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM), Mejar (B) Sazali Ismail; Pegawai Pemerintah 8 Skuadron Rejimen Askar Jurutera Diraja, Mejar Suraihan Md. Lani dan Ketua PBTM Cawangan Muar, Shamsudin Rais.

Ismail yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Serampang berharap mereka yang berminat perlu terlebih dahulu mengikuti kursus kemahiran seperti di Kolej Komuniti ataupun agensi kerajaan berkaitan.

Selain itu, beliau juga mahu wanita muda menjalankan perniagaan jahitan pakaian kerana ketika ini bidang tersebut banyak diusahakan wanita golongan pertengahan.

"Kita mahu melahirkan lebih ramai pelapis dalam bidang ini yang mempunyai kaitan dengan perniagaan andaman perkahwinan. Selain boleh meningkatkan kemahiran diri, secara tidak langsung dapat menambah pendapatan keluarga," katanya.

Menurutnya, Johor merupakan satu-satunya negeri yang menawarkan skim tersebut dan peruntukan itu ditambah setiap tahun khususnya bantuan dan penjenamaan produk kepada RM10,000 tahun ini berbanding RM8,000 seorang tahun lalu.

Walaupun peruntukan tahunan itu di bawah bidang kuasa Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Md. Jais Sarday tetapi pihaknya turut mengendalikan dana tersebut. - Sumber

ARTIKAL TERDAHULU KLIK:
Agihan BR1M
RM1j untuk pertanian kaedah fertigasi


0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.