RM2.6 wang 1MDB?

15 Januari 2014

KALIMAH ALLAH: Apa dah jadi dengan JAIS? KLIK baca ni!



Ekoran daripada isu kalimah Allah hingga membawa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bertindak membuat serbuan dan rampasan Bible di pejabat Persatuan Bible Malaysia (PBM) baru-baru ini, dilihat semakin bercelaru di dalam urustadbir jabatan tersebut.

Kita dikejutkan dengan berita JAIS menukar dan melantik pengarah baru. Ahmad Zaharin yang memulakan tugas sebagai pengarah JAIS berkuatkuasa 2 Januari lalu dan upacara mengangkat sumpah sebagai pengarah JAIS telah pun selesai di buat di hadapan baginda Sultan Selangor di Istana Bukit Kayangan, petang kelmarin.


Persoalannya, kenapa dan apa sebab serta perlunya pengarah yang lama ditukarkan kepada yang baru ini?

Pada masa yang sama, bukan hanya meletakkan pengarah baru, SOP dan prosedur JAIS juga turut diubah, dengan memperuntukkan setiap serbuan melibatkan perkara sensitif bukan hanya perlu mendapat persetujuan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Malah persetujuan kerajaan negeri juga perlu ada.

Sedangkan SOP sebelum ini tidak memperuntukkan langsung untuk pihak berkuasa agama itu memaklumkan serbuan mereka kepada kerajaan negeri.

Pengerusi MAIS, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa juga turut menegaskan bahawa JAIS tidak sepatutnya diikat dengan SOP baru berkenaan, kerana apa pun tindakkan JAIS dalam menjalankan siasatan, ia berdasarkan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) 1988.


Berlainan sekali dengan kenyataan pada sidang media yang di sebut sendiri oleh Ahmad Zaharin Mohd Saad, sebagai pengarah JAIS yang baru dilantik.

"Kita akan berterusan gunakan SOP yang ada, kita akan ikut tiada masalah. SOP (baru) sebenarnya lebih kurang sama, cuma kita kena maklumkan kepada kerajaan. Itu (untuk operasi) akan datang,"  katanya.

Ini menunjukkan bahawa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan menggunakan Prosedur Operasi Standard (SOP) baru yang telah ditetapkan kerajaan negeri Selangor untuk operasi dan serbuan mereka, selepas ini.

Apakah Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) 1988 itu telah dipinda atau sengaja mahu diketepikan? 

Dan adakah ketetapan baru dari kerajaan Selangor itu lebih berkuasa bagi menentukan SOP dalam menjalankan operasi dan kerja-kerja serbuan JAIS selepas ini?

MP- Ikut telunjuk siapalah ni... Agaknya lepas ni, JAIS nak buat serbuan tangkap maksiat pun kena ada ngadap exco atau MB dulu la ye... Kihkihkihhh!!!
Reaksi:

1 ulasan :

  1. Sedih..sedih. Apalah nak jadi dgn org Islam yg majoriti terpaksa tunduk kepada kaum minoriti!!! Bangunlah kaum majoriti di Selangor utk mempertahankan Islam dan berazam utk menukar kerajaan negeri yg sedia ada. ALLAHHUAKBAR!!!!!!!!!!!!!

    BalasPadam

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.