#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

13 January 2014

ISU MASA KINI: Membuta tuli percaya dan hamburkan pada kerajaan.


Dengan menggunakan alasan kononnya kos bertambah maka semua peniaga pelbagai peringkat itu sesuka hati menaikkan harga barangan.

Pihak mana hendak siasat sama ada dakwaan peniaga tentang kos mereka benar-benar meningkat atau tidak? Jawapannya tiada. Kita sekadar membuta tuli percaya sahaja apa yang mereka dakwa.

Pegawai kerajaan yang berkenaan kena periksa dan siasat. Pihak yang menerima alasan yang menjerat leher dan perut ialah pengguna yang menjadi majoriti rakyat.

Sejak sebelum 2008 lagi rakyat sudah ditekan oleh peniaga dengan pelbagai alasan yang kurang bernas.

Siapa sebenarnya yang memanipulasi harga barangan? Sedangkan pelbagai subsidi disediakan oleh kerajaan termasuk minyak.

Tetapi, kesan langsung kenaikan harga barang ialah rakyat menghamburkan kemarahan kepada kerajaan, bukan kepada peniaga.

Lalu isu ini juga dijadikan bahan oleh penyokong parti pembangkang untuk adakan himpunan gulingkan kerajaan baru-baru ini.

Siapa yang menentukan harga barang itu naik. Siapa yang mengawal harga sesuatu barang - adakah kerajaan atau peniaga?

Golongan mana pula yang menguasai kartel perniagaan borong sesuatu barangan termasuklah ikan, ayam, gula, bawang dan lain-lain barangan kawalan?

Tak perlu sebut, semua sudah tahu. Tapi kebanyakka kita menyalahkan kerajaan semata-mata. Sedangkan yang mengawal ekonomi adalah golongan peniaga tersebut.

Sekarang kita sudah nampak konflik antara kaum, agama dan masalah pengguna sepatutnya bukan sekadar ditangani melalui meja rundingan, tetapi tindakan tegas melalui undang-undang.

Selama ini kita boleh bilang kes kenaikan harga barangan sesuka hati yang melibatkan pemborong dan rantaiannya. Mungkin tak pernah dengar pun!

Gunalah undang-undang yang sedia ada untuk ‘mengajar’ perbuatan tamak golongan itu daripada membiarkan ia terperap dalam buku dan facebook sahaja.

Sudah sampai masa, jangan banyak beretorik tetapi banyakkan tindakan penguatkuasaan.

Saksi video terdahulu: KLIKSINI

0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.