#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

3 January 2014

@SPADChannel : Gelojohnya pengusaha bas sekolah naikkan tambang. KLIK baca ni!


Keputusan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan mengumumkan mekanisma kadar bagi bas sekolah pada suku tahun pertama tahun ini tidak langsung diambil peduli oleh Persekutuan Persatuan-Persatuan Bas Sekolah Malaysia (PPPBSM).


Memetik daripada kenyataan di akhbar Berita Harian, hari ini. Tindakkan PPPBSM mengugut untuk memberhentikan operasi juga adalah satu keputusan yang tidak memikirkan keperluan rakyat.

Pada masa yang sama, pengusaha bas di Melaka dan Sabah turut menaikkan tambang bas sehingga 40% tahun ini dengan alasan kenaikkan harga minyak dan kos sara hidup.


SPAD telah pun membuat kenyataan yang mana akan terus melakukan sifat menang-menang kepada semua pihak, termasuklah pihak pengusaha bas.

"SPAD tidak sesekali akan membuang unsur kebajikan dan bebanan kepada rakyat. SPAD akan mengimbangi kepentingan semua pihak tanpa menjejaskan kepentingan rakyat", kata Tan Sri Syed Hamid Albar merangkap Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)

Tan Sri Syed Hamid Albar

"Tunggu sedikit masa lagi", tambah beliau.

Sememangnya sudah menjadi peranan SPAD dalam menambahbaik mutu perkhidmatan pengangkutan awam darat di Malaysia tanpa menjejaskan kepentingan rakyat termasuk isu bas sekolah.

Pertengah tahun lalu, SPAD telah mula memungut maklum balas dari pengusaha untuk buat kajian mengenai kenaikan tambang bas dan kajian itu berakhir hujung Disember 2013 yang lalu.

Mengikut aturannya, bulan ini (Januari) pihak SPAD mula mengumpul segala maklum balas serta maklumat untuk di bentuk satu kertas kerja untuk di bentang dan di luluskan oleh jawatankuasa kabinet pada Mac 2014 akan datang. Setelah lulus barulah dikuatkuasakan.

Negara kita ada undang-undang, kenalah patuh. Bak kata P.Ramli pada dialog dalam filemnya... "Main ikut suka hati mak bapak kau", macam tu?

Apa yang perlu, rakyat tahu hari ini. Kenaikan tambang bas sekolah yang berlaku dibeberapa negeri tersebut bukanlah atas keputusan kerajaan atau SPAD itu sendiri.

Ia adalah, keputusan golojoh bagi sesetengah persatuan dan pengusaha bas yang tidak mengambil kira kepentingan rakyat serta undang-undang yang telah ditetapkan.

Kalau iya pun sabar-sabarlah... Hentikanlah sikap cepat melatah yang bukan-bukan sepertimana mulut pembangkan yang sememangnya macam longkang tu.

BACA ARTIKAL BERKAITAN: KLIKSINI


0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.