#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

1 January 2014

#LIVE2014: Anwar tertawa melihat anak Melayu berdemo di malam pertama. KLIK baca ni!


ANWAR GUNA GOLONGAN MUDA SEBAGAI ALAT JATUHKAN KERAJAAN

Setelah kehabisan modal untuk digoreng bagi menyerang kerajaan, pembangkang menggunakan isu kenaikan harga barangan dan perkhidmatan sebagai pembuka tirai tahun baru 2014.

Seperti biasa puak-puak pembangkang yang kurang akalnya suka benar membuat kecoh untuk rosakkan mood rakyat bercuti esok hari.


Yang peliknya pemimpin-pemimpin pembangkang berapi-api menghasut supaya anak-anak muda turun berdemonstrasi di bandaraya Kuala Lumpur tetapi mereka sendiri entah hilang ke mana.

Anak-anak muda yang terjerit terlolong seperti melihat polong malam ini, telah berjaya diperalatkan untuk kepentingan peribadi dan agenda politik Anwar Ibrahim serta kuncu-kuncu.

Sementara anak-anak muda yang tidak mengerti agenda perjuangan sebenar Anwar akan merelakan diri mereka digunakan sepenuhnya, pemimpin-pemimpin yang mereka sanjung dan sokong sedang berpesta dan berseronok-seronok di luar negara.



Tidakkah anak-anak muda dan mereka yang ikut serta dalam perhimpunan malam ini sedar mereka sebenarnya telah diperangkap dalam jerat yang telah disediakan oleh pembangkang?

Mengapa mereka tidak menggunakan sedikit daripada akal sihat dan kemampuan berfikir yang dianugerahkan Tuhan untuk merenung sejenak apa yang mereka lakukan.


Pemimpin seperti Anwar tidak pernah menilai atau menyanjung sumbangan mana-mana penyokongnya bermatian berjuang menentang kerajaan kerana menganggp beliau telah dianiayakan.

Ini membuktikan pemimpin pembangkang hanya pandai mengeksploitasi semangat dan usaha penyokongnya sahaja tetapi apabila keuntungan politik sudah diraih, janganlah untuk mendapat apa-apa bantuan atau pertolongan dari mereka.


Inilah yang bakal terjadi kepada anak-anak muda yang meluap-luap semangat mereka tanpa disedari mereka hanyalah biduk atau 'pawn' dalam permainan licik politik pembangkang.

Soal samada pemuda pemudi yang berdepan dengan tindakan undang-undang tidak menjadi persoalan pembangkang.


Isu masa depan golongan pelajar institusi pengajian tinggi yang mengambil bahagian kehilangan biasiswa atau pinjaman pendidikan jika mereka sabit kesalahan menyertai perhimpunan haram juga pada pembangkang tidak timbul.

Malangnya ramai di antara penyokong pembangkang yang begitu ghairah mahu menjatuhkan kerajaan hanya atas isu kenaikan sedikit harga barangan tidak mahu berfikir langsung tentang buruk baik perbuatan mereka.


Anggota keempat-empat pertubuhan yang dikenal pasti sebagai dalang perhimpunan haram itu semuanya terdiri daripada anak-anak muda.

Lain senarionya jika golongan muda mara ke hadapan untuk melawan musuh negara yang ingin menakluk atau menyerang kedaulatan wilayah.

Tetapi jika tujuannya adalah untuk menjatuhkan sebuah kerajaan ditubuhkan melalui proses pilihan raya secara demokratik, ini adalah sesuatu yang ganjil.


Jika ia ganjil sudah tentu ada sesuautu yang tidak kena dengan agenda yang ingin dijayakan kerana sudah tentu tujuannya bukanlah demi kepentingan negara atau rakyat.


Daripada mengikut mulut pembangkang yang jauh terpesong daripada nilai-nilai jatidiri orang Melayu dan juga undang-undang negara. Ada baiknya tinggalkan saja.


Apa kata Cina?
Anak Melayu juga yang rosak...


ARTIKAL BERKAITAN KLIK TAJUK DIBAWAH: 

0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.