#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

16 January 2014

PERHATIAN: INFO DAN MAKLUMAT PERUBAHAN HENTIAN AKHIR BAS DI BEBERAPA LALUAN.


PERUBAHAN SEMENTARA HENTIAN AKHIR BAS HENTI-HENTI DI JALAN HANG KASTURI, LEBUH PUDU, JALAN PETALING (BANGKOK BANK) DAN MEDAN PASAR

KUALA LUMPUR, 16 Januari 2014 - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) ingin memaklumkan bahawa hentian akhir bagi perkhidmatan bas henti-henti di Jalan Hang Kasturi, Lebuh Pudu, Jalan Petaling (Bangkok Bank) dan Medan Pasar akan diubah buat sementara waktu ke Hentian Akhir Bandar di Jalan Munshi Abdullah. 

Perubahan ini akan dikuatkuasakan mulai 18 Januari 2014 (Sabtu) bertujuan untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas serta menjaga keselamatan penumpang bas di sekitar kawasan pembinaan “Heritage Trail”.

Hentian Akhir Bandar di Jalan Munshi Abdullah ini ditempatkan secara berpusat bagi perkhidmatan bas henti-henti laluan jarak jauh koridor Jalan Ipoh dan Jalan Pahang. 

Manakala bagi perkhidmatan bas henti-henti laluan jarak dekat, bas hanya dibenarkan untuk mengambil serta menurunkan penumpang sahaja dan tidak dibenarkan untuk berhenti di Hentian Akhir Bandar. Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai perubahan baru ini, sila layari laman web www.spad.gov.my

Berikut adalah senarai laluan yang terlibat untuk makluman.


Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, pihak tuan boleh menghubungi En. R. Suresh Kumar, Ketua Komunikasi (019-3295214) atau Puan Nurul Asyikin, Pengurus, Bahagian Komunikasi (012-6227832).

0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.