#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

10 January 2014

SPRM: Dua Pegawai Kanan Dituduh Kemuka Tuntutan Palsu. KLIK saksi video!


Dua pegawai Kementerian Luar Negeri dituduh di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah hari ini kerana membuat tuntutan palsu berjumlah USD 126,681 (bersamaan RM 378,000 ) dua tahun lalu.

Pegawai Tadbir Diplomatik, Shahril Effendi Abd Ghani, 47 tahun di tuduh melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 kerana dengan niat telah menggunakan dua dokumen yang mengandungi buti matan palsu.

Dokumen berkenaan iaitu Penyata Perbelanjaan Wang Pendahuluan sempena Sidang Kemuncak APEC di Honolulu, Hawaii (bertarikh 3 hingga 16 November) dan Resit Rasmi Aloha Way Transportation (bertarikh 3 November 2011) yang berjumlah USD 126,681.

Beliau ketika itu merupakan Timbalan Ketua Perwakilan Kedutaan Besar Malaysia di Washington DC telah mengesahkan dan mengaku membayar jumlah wang tersebut sebagai deposit sewaan kenderaan kepada Syarikat Aloha Way Transportation semasa persidangan APEC 2011 di Honolulu, Hawaii sedangkan jumlah sebenar yang dibayar adalah USD 88,500 sahaja.

Rakannya, Penolong Pegawai Tadbir, Mohd Hadtamizi Abu Bakar,46 tahun turut dituduh di bawah Seksyen 18 ASPRM 2009 yang dibaca bersama Seksyen 28(1)(c) Akta yang sama atas kesalahan bersubahat dengan Shahril Effendi.

Kesalahan tersebut dilakukan oleh mereka pada 8 Disember 2011 di pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Washington DC, Amerika Syarikat.

Baca Lanjut di http://www.sprm.gov.my


0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.