#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

16 January 2014

UMNO TARIK SAMAN : Peguam membelakangkan DS Najib? KLIK baca sini!



Memalukan dan merupakan satu tindakan bodoh yang telah dilakukan oleh peguam UMNO Dato Hafarizan Harun berhubung isu penarikan saman ke atas Tian Chua PKR dan Mustapha Ali PAS.Ini lah apabila peguam UMNO tidak peka dengan keadaan politik hari ini sebaliknya hanya memikirkan penyelesaian secara berhemah dan kerja senang.


Jawapan Mustapha Ali apabila penarikan saman dilakukan UMNO beliau menyalahkan Blogger UMNO dan kenyataan tersebut dikeluarkan oleh media PAS Harakah Daily.

Begitu juga dengan Tian Chua yang menafikan beliau memohon maaf kepada UMNO waaupun bersilat silat peguam UMNO menyatakan Tian Chua memohon Maaf.

Dato Hafarizan Harun

Peguam UMNO Dato Hafarizan Harun bertindak mengikut pemikiran beliau yang mana tidak meminta nasihat dari pemimpin pemimpin UMNO implikasi jika penarikan saman dibuat. Inilah yang dikatakan "SYOK SENDIRI" kerana sekarang ini pihak Tian Chua dan Mustapha Ali memperolehi keuntungan politik setelah UMNO menarik balik saman yang difailkan sebelum ini.


Peguam UMNO Dato Hafarizan Harun perlu sedar bahawa beliau telah menjatuhkan maruah UMNO. Beliau juga disarankan untuk tidak mengambil apa apa tindakan ataupun keputusan selepas ini tanpa memaklumkan kepada pucuk pimpinan terutama Presiden parti Dato Sri Najib Tun Najib Razak .

Implikasinya sekarang, Najib Razak sebagai Nakhoda UMNO di kritik walaupun beliau sendiri tidak dimaklumkan mengenai penarikan saman yang difailkan itu.

Pengajaran untuk Dato Hafarizan Harun Peguam UMNO agar tidak "SYOK SENDIRI" membelakangkan pemimpin parti. - Sumber
ARTIKAL BERKAITAN: KLIKSINI


0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.