Dakwaan mengatakan SPRM hanya bertindak segera dalam kes membabitkan ahli-ahli politik dari parti Pakatan Rakyat atau pembangkang adalah tidak tepat. SPRM juga ingin menafikan bertindak ‘double standard’ atau dwistandard dalam melakukan siasatan.
Rekod SPRM menunjukkan SPRM selama ini telah bertindak secara bebas, telus dan profesional dalam setiap kes.
Sebagai contoh, dalam kes membabitkan bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, siasatan mengambil masa sehingga dua tahun. Akhirnya, SPRM mendapati tiada kes ke atas beliau. Perkara ini telah pun dihebahkan menerusi media pada penghujung Oktober 2010. Begitu juga kes membabitkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim kira-kira dua tahun.
Satu lagi contoh melibatkan isu pembelian kereta Mercedez-Benz oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Meskipun banyak tulisan media dan bukan media membuat pelbagai dakwaan, SPRM belum membuka kertas siasatan sehingga kini.
Contoh-contoh di atas dengan sendirinya menunjukkan SPRM sentiasa bertindak adil dan bebas. Selanjutnya KLIKSINI.
ARTIKAL TERDAHULU: KLIKSINI
0 comments:
Post a Comment