#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

16 January 2014

ISU BUKA TUDUNG: Pemuda UMNO Johor desak pihak berkuasa bertindak tegas. KLIK baca ni!

Hahasrin Hashim, Ketua Pemuda UMNO Johor.

Susulan tindakan seorang ahli jemaah Pengurus sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Nan Ya Telok Sengat Kota Tinggi mengarahkan seorang guru Islam supaya membuka tudung ketika mengajar selain memberi ancaman keselamatan terhadap guru tersebut, Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor (PPUNJ) bertindak mengeluarkan kenyataan membantah keras kejadian itu pada hari ini.

Hahasrin Hashim melahirkan rasa dukacita dan amat kesal atas sikap berdiam diri Guru Besar sekolah terbabit yang seolah-olah merestui tindakan terkutuk itu.

"Saya mendesak Kementerian Pelajaran supaya mengambil tindakan tegas terhadap guru besar sekolah tersebut sesuai dengan peruntukan undang-undang sedia ada bagi memastikan kes seumpama ini tidak berulang lagi", katanya yang juga Ketua Pemuda UMNO negeri di dalam kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.

PPUNJ berpendapat bahawa hak seorang Islam untuk mengamalkan ajaran Islam telah dicabuli selain seolah-olah tidak menghormati Agama Islam sebagai agama Rasmi Negara.

Tindakan tersebut juga telah membangkitkan kemarahan rakyat terutamanya penganut agama Islam di negeri Johor.

Pada kenyataan media tersebut, Hahasrin Hashim bagi pihak PPUNJ turut mendesak pihak polis agar dapat memulakan siasatan segera dan membawa ahli Jemaah Pengurus Sekolah tersebut ke muka pengadilan berdasarkan peruntukan sedia ada memandangkan terdapat unsur-unsur ancaman ke atas keselamatan diri guru Islam tersebut.

Katanya lagi, kes ini tidak boleh diselesaikan sekadar permohonan maaf dari pihak berkenaan kerana ia melibatkan keselamatan awam.

Tindakan segera dan tegas perlu diambil demi memastikan keharmonian kaum di negara ini terus terjamin.

Selari dengan amanat YAB Presiden dan Timb Presiden dalam Perhimpuan Agung UMNO yang lalu bahawa UMNO akan terus menjadi perisai agama Islam maka untuk itu, PPUNJ melihat perkara ini secara serius dan akan memainkan peranan bagi memastikan kesucian Islam tidak lagi diperkotak katikkan di Johor ini.

Atas pada itu, PPUNJ hari ini menawarkan khidmat guaman secara percuma kepada Guru beragama Islam terbabit melalui Pertubuhan Sukarelawan Peguam Malaysia (SukaGuam).

Selain itu, PPUNJ juga akan memastikan keselamatan guru terbabit dan ahli keluarganya sentiasa terjamin.


Berikutan dari kejadian ini, PPUNJ juga mencabar Pakatan Rakyat khususnya PAS yang kononnya memperjuangkan Islam bagi menjawab isu ini.

"Jangan hanya rakus mengejar kuasa hingga sanggup menggadaikan perjuangan Islam" , tambah beliau.

"Sama-samalah kita menolak pihak-pihak yang cuba menanam sifat kebencian antara rakyat, semoga Malaysia terus maju di samping rakyatnya sentiasa hidup dalam suasana aman dan makmur. Insya-Allah", katanya lagi.

ARTIKAL BERKAITAN: KLIKSINI.


0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.