#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

22 January 2014

SPAD ICOP : Memaksimakan keyakinan rakyat guna pengangkutan awam.



Usaha menjayakan misi membantu kerajaan dalam memastikan penggunaan pengangkutan awam darat keperingkat paling selamat dan memuaskan. Kali ini, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) melancarkan Kempen Kesedaran Dan Pematuhan SPAD ICOP yang melibatkan keselamatan untuk pengendali bas dan kenderaan barangan.

Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, apa yang SPAD laksanakan ini adalah untuk mewujudkan kesedaran sebelum memulakan perjalanan bagi menentukan keselamatan penumpang dan pengguna jalan raya lebih terjamin.

"Dari pematuhan yang ditetapkan ini, pengendali pengangkutan tahu apa peraturan yang mereka kena patuh. Macam GPS, tapi kalau ada GPS tak pantau tak guna juga" kata beliau kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Kesedaran dan Pematuhan SPAD ICOP di Terminal Bersepadu Bandar Tasik Selatan, semalam.


Menurutnya lagi, SPAD telah menetapkan had laju kenderaan 90 km/sejam sebagai syarat lesen pengendali bas dan kenderaan barangan.

Di bawah program SPAD-ICOP, pengendali yang tidak mematahui had laju akan diberikan surat amaran jika melakukan kesalahan untuk kali pertama. Jika mereka lakukan kali kedua, permit kenderaan akan digantung selama sebulan. Jika pengendali melakukan kesalahan kali ketiga, permitnya akan digantung tiga bulan dan untuk kesalahan keempat, permitnya akan dibatalkan terus.

"SPAD ICOP ini amat penting sebab kebanyakan kes kemalangan berpunca daripada pemandu yang memandu terlalu laju," tambah Syed Hamid.


Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Muhamd Nur Ismal Kamal yang turut hadirberkata, di bawah program SPAD ICOP setiap pengendali kenderaan mesti mempunyai pegawai keselamatan. Mereka juga mesti mengadakan mesyuarat keselamatan setiap bulan.

Visi SPAD, selain dari memaksimakan keyakinan rakyat dan menjadikan pengangkutan awam darat sebagai mod yang diutamakan oleh rakyat Malaysia. Meletakkan tahap perkhidmatan pengangkutan awam yang bermutu tinggi turut dapat dicapai.

1 comments :

  1. Kalau bas ,lori ,taksi dan bas setiap 6bulan wajib buat pemeriksaan di puspakom .Kalau taklilus tak boleh beroperasi .....tapi macam mana pulak dengan LRT,Monorail dankeretaapi KTM siapa yang preksa tahap keselamatanya untuk beroperasi .

    ReplyDelete

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.