#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

19 January 2014

ISU BUKA TUDUNG: Kenyataan Akhbar PERKASA daerah Kota Tinggi. KLIK baca ni!


KENYATAAN AKHBAR
SEMPENA PERHIMPUNAN AMAN TELOK SENGAT (KLIKSINI)

1. Berhubung dengan isu arahan melarang seorang guru wanita beragama Islam dari memakai tudung ketika berada dalam kawasan sekolah SRJK (c) Nan Ya seperti yang disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia bertarikh 13hb Januari 2014 :

    Guru Besar - sebagai ketua di sekolah, telah cuba menghalang seorang penjawat awam yang juga kakitangan di bawah penyeliaannya daripada mengamalkan ajaran agamanya iaitu memakai tudung (menutup aurat) yang merupakan kewajipan bagi seorang wanita muslim. Tindakan Guru Besar ini sesungguhnya bertentangan dengan hak asasi yang diberikan kepada setiap warganegara Malaysia untuk dengan bebas mengamalkan ajaran agamanya seperti yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

    Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah - telah membuat suatu ugutan keselamatan bahawa sekiranya guru yang berkenaan enggan menurut arahan agar menanggalkan tudung ketika bertugas maka sesuatu yang buruk akan berlaku. Ugutan ini jelas merupakan suatu kesalahan jenayah yang serius di bawah Kanun Keseksaan.

Kedua-dua kesalahan ini merupakan kesalahan yang serius dan tidak boleh diselesaikan hanya dengan permohonan maaf dari para pelakunya.

Sehubungan dengan itu, dan memandangkan isu ini adalah isu berkepentingan ramai, maka PERKASA Kota Tinggi mendesak supaya pihak Polis Diraja Malaysia tidak tunduk dengan tekanan daripada mana-mana pihak dan bertindak menyegerakan siasatan dan mendakwa penjenayah-penjenayah ini ke muka pengadilan dengan seberapa segera.

2. PERKASA Kota Tinggi juga mendesak Kementerian Pelajaran melalui Menterinya, supaya mengambil tindakan tatatertib dengan serta merta ke atas Guru Besar terbabit termasuk memecatnya kerana telah berkelakuan dan bertindak membelakangkan Perlembagaan Persekutuan dan memburukkan imej Institusi Pendidikan negara yang sepatutnya menjadi wadah menyuburkan semangat meluhurkan perlembagaan seperti yang terkandung dalam Rukunegara yang diikrarkan oleh setiap warga sekolah pada setiap kali perhimpunan mingguan diadakan.

3. PERKASA Kota Tinggi juga mendesak Kementerian Pelajaran khususnya Menteri Pelajaran melalui kuasa-kuasa yang ada padanya supaya menutup terus SRJK (c) kerana telah terbukti menjadi penghalang sebenar kepada cita-cita melahirkan warganegara yang bersatu padu melalui sistem pendidikan kebangsaan. Punca sebenar kepada kekeruhan dalam hubungan kaum di Malaysia adalah disumbangkan oleh kewujudan SRJK (c) yang merasakan dirinya terlalu elit dan mengasingkan warganegara sejak dari peringkat rendah lagi. Bagi menjamin masa depan negara khususnya perhubungan antara kaum kaum-kaum agar terus harmoni dan bersatu padu, maka PERKASA Kota Tinggi mendesak Menteri Pelajaran supaya menghentikan segala bantuan dan menutup terus sekolah-sekolah Cina yang menjadi penyumbang terbesar kepada masalah hubungan kaum di Malaysia.

Sekian, Terima kasih.

Tuan Hj. Shukri Suratman
Naib YDP2 PERKASA Johor
Pengerusi PERKASA Kota Tinggi

SHUKRI BIN SURATMAN
Pengerusi
Pertubuhan Pribumi Perkasa
Daerah Kota Tinggi.

19hb. Januari 2014

ARTIKAL BERKAITAN: KLIKSINI

2 comments :

  1. Apa kata kalau aku cadangkan ahli umno yg hilang keyakinan terhadap umno mula keluar dari parti untuk menjadi ahli perkasa pula?

    Mungkin itu salah satu cara untuk menjadikan ianya lebih deasa dan 'matang'

    Yang penting PRU 14 kita hanya akan sokong mereka yg benar benar memperjuangkan ugama, negara dan bangsa !

    Nampaknya umno tidak pernah menjadi dewasa sebaliknya terus tua dan bakal pupus!!

    Bersiaplah perkasa untuk menjadi teraju perjuangan bangsa Melayu menggantikan umno !!

    ReplyDelete
  2. Paling tidak tamatkan perkhidmatan guru besar itu atas atas dasar kepentingan negara.

    ReplyDelete

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.