#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

22 January 2014

KERANA TUDUNG: Artis Lapor Polis. KLIK baca ni!


Macam-macam hal terjadi sekarang ni? Baru-baru ni, heboh di dada-dada akhbar dan laman sosial isu seorang guru di paksa menanggalkan tudung sekiranya mahu mengajar. (KLIK)

Hari ni, timbul lagi isu berkaitan tudung ni...

Seorang penyanyi sambilan membuat laporan polis dan mendakwa dipaksa turun pentas pada majlis makan malam anjuran sebuah syarikat pembinaan di sebuah pusat konvesyen di ibu negara pada 18 Jan lepas kerana bertudung.

Ketika kejadian, Marinatasha Isnariah Mustafa (penyanyi) mendakwa beliau berada di pentas utama setelah dijemput menyanyi oleh kumpulan muzik untuk majlis makan malam itu namun diminta turun oleh seorang pengarah syarikat berkenaan.

"Pada waktu kejadian saya telah berada di atas pentas tapi terpaksa mengemaskan peralatan di hadapan 100 orang tetamu. Anda semua boleh bayangkan bagaimana perasaaan saya pada itu" katanya.

"Pengarah itu berkata kepada saya, bertudung tidak sesuai dengan majlis itu. Semasa mengadakan raptai dengan pemuzik pada 16 Januari lalu, wakil syarikat yang hadir tidak pernah mengisukan hal tudung", kata Marinatasha Isnariah Mustapar.


Kenyataan itu turut disahkan oleh Presiden Karyawan Datuk Freddie Fernandez dan mengaku ada menerima aduan daripada penyanyi sambilan itu, katanya ketika bersama Marianatasha dalam sidang media anjuran Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) di sini semalam.

"Mereka harus tampil untuk selesaikan secara baik, kami (Karyawan) akan menulis surat kepada pihak pengurusan Castmet Sdn Bhd bagi mencari jalan penyelesaian," kata Freddie.

Sementara itu, Pengarah Urusan Castmet Tan Keh Wah memberitahu Bernama, syarikatnya tidak pernah mendiskriminasi mana-mana bangsa atau agama seperti yang didakwa.

"Saya menegaskan syarikat kami bukanlah rasis seperti didakwa, sebaliknya kejadian malam itu bukanlah kerana penyanyi itu bertudung tetapi dia bukan penyanyi yang dipersetujui oleh pengurusan majlis," katanya ketika dihubungi Bernama.

Tan menjelaskan perjanjian antara syarikatnya dengan sebuah syarikat pengurusan yang telah melantik kumpulan nyanyian malam itu tidak melibatkan penyanyi wanita bertudung kerana majlis malam itu ada menghidangkan minuman keras.

Antara isi kandungan perjanjian itu juga, penyanyi kumpulan berkenaan dikehendaki berinteraksi serta menari bersama tetamu yang kebanyakannya lelaki bukan Islam, dan bagi menjaga maruah serta sensitiviti orang Islam syarikat telah bertegas untuk tidak melibatkan penyanyi yang bertudung," kata Tan.


Entahlah... Disana salahkan disini dan disini salahkan disana pulak. Menuding jari sesama sendiri. Persoalannya, adakah ia diskriminasi kaum, agama atau ada niat sebaliknya yang mahu di tunjukkan dalam hal ini.

Mustahil, individu yang bertanggungjawap atau syarikat yang dilantik tidak melihat kandungan perjanjian ketika mengendalikan pemilihan artis? Pelik juga...

Kita sedar, bahawa isu menyentuh senseviti umat Islam di negara ini dilihat semakin ketara. (KLIK)

Antaranya isu Kristianisasi (video) yang menjadi ancaman akidah umat Islam di Malaysia, hari ini. Namun kebanyakan daripada kita seperti tidak menyedarinya, bahkan tidak merasakan ia satu masalah. Lebih malang lagi ada di antara kita yang menyokongnya atas alasan kebebasan bersuara dan beragama.

Apakah hal ini juga antara bibit-bibit gerakan mereka? Siasat, jangan tak siasat!

1 comments :

  1. in the 1st place awak dah bertudung, layak ke menyanyi depan bukan muhrim....

    ReplyDelete

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.