#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

3 August 2014

#SupportGAZA #SaveGAZA : #GazaUnderAttack‬ Angkara Israel 1737 terbunuh‪ #‎OperasiBadar‪ #‎CC4Israel



Saranan Israel untuk berdamai dengan Hamas dengan melakukan gencatan senjata tidak boleh dipercayai kerana Israel adalah penipu besar dalam usaha menutup kelemahan mereka.

Pengerusi Aqsa Syarif, Dr. Hafidzi Mohd Noor berkata, gencatan senjata yang dimahukan Israel telah banyak kali dicapai tetapi mereka belot akhirnya.


Dr. Hafidzi Mohd Noor
"Telah 11 kali dibuat gencatan senjata yang mereka sendiri minta tetapi sebenarnya itu helah Israel untuk serang Palestin.

"Mereka ambil kesempatan waktu gencatan senjata dengan melakukan serangan ke atas Palestin," katanya ketika dihubungi Malaysia Gazette.

Jelas Hafidzi, apa jua bentuk rundingan daripada Israel memang sepatutnya ditolak oleh tentera Hamas.

"Israel penipu besar dan disebabkan mereka sudah nampak kekuatan tentera Hamas, mereka cuba nak berdamai menggunakan saluran PBB dan lain-lain.

"Rakyat Israel sendiri membantah kekejaman yang dilakukan sehinggakan ramai yang mengambil keputusan untuk meninggalkan negeri mereka.

"Sepatutnya Israel sedar diri. Kekejaman yang mereka lakukan sudah ditahap melampai batas kemanusiaan sehingga rakyat sendiri pun membantah," ujarnya.

Tambahnya, Israel kini bukan sahaja semakin lemah tetapi terpaksa menghadapi tekanan dari seluruh dunia yang tidak putus-putus mengecam kekejaman yang dilakukan ke atas penduduk Gaza.

"Kami tidak akan berhenti mengajak orang ramai di seluruh dunia untuk mendesak dan memboikot semua produk Israel hingga mereka benar-benar mengalah," katanya.


--------------------------------------------------------------


Statistik Terkini:

Angka Syahid : 
1737 orang. 

Cedera :
8900 orang. 

Spread n Share. 

Sumber :
Ghazzah al-Aan [IH] 

Ayuh menderma ke Tabung Kecemasan Gaza di sini : 

KLIK LINK DIBAWAH : 


0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.