Baru-baru ini, 15,000 pelatih telah terpilih bagi mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kumpulan 3 Siri 11/2014, seluruh negara.
"Atas kepentingan belia hari ini, memandangkan pelbagai isu perpaduan timbul maka ia perlu diperkukuhkan... Sensetivi kaum kebelakangan ini dilihat serba sedikit tercalar dan tercabar apabila ramai dikalangan mereka kurang memahami sikap toleransi. Tiadanya hormat menghormati diantara kaum ini akan menjadi satu masaalah pada masa depan, jadi amatlah penting untuk kita perkukuhkan perpaduan dan PLKN bukanlah hanya suatu yang wajib malah ia adalah 'vanue' terbaik kerana adanya suasana terkawal," tambah Datuk Ehsanuddin.
Secara keseluruhannya, penyertaan PLKN daripada pelajar lepasan SPM sebelum ini di ambil kemasukan dengan melalui 3 peringkat dan melibatkan lebih kurang 90,000 orang penyertaan setiap tahun.
Memandangkan usianya yang telah mencapai 10 tahun, pihak kerajaan telah mengambil iniasetif dan sedang membentuk rancangan bagi memperkenalkan satu transformasi baru dalam PLKN, pada tahun hadapan.
Perkara ini turut di akui sendiri oleh Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN) yang baru iaitu Datuk Ehsanuddin bin Haji Mohd Harun Narrashid setelah di tanya pihak media baru-baru ini.
Menurut beliau, bagi mengukuhkan lagi program 'Khidmat Negara'. Suatu transformasi baru akan diperkenalkan dalam PLKN, pada tahun hadapan... Walau bagaiman pun, rancangan ini masih lagi di peringkat proses dan akan diumumkan apabila tiba masanya nanti," katanya.
Bagi menjadikan perkhidmatan ini lebih menyeluruh, jumlah pengambilan untuk kemasukkan ke PLKN turut akan ditambah dari masa kesemasa bermula tahun hadapan.
Di dalam perlaksanaan PLKN ini, beberapa perkara penting antaranya isu perpaduan telah menjadi keutamaan dan perlu di perkukuhkan.
Dalam pada itu katanya lagi, kerajaan sentiasa mengambil berat terhadap penggunaan kosnya lebih efektif dan yang paling penting para peserta boleh mendapat pendedahan yang terbaik seiring dengan kematangan, keperluan mereka yang sentiasa berubah mengikut usia mereka.
Jadi, ini adalah satu keuntungan kepada yang terpilih masuk dan ini lah masa yang sebai-baiknya untuk mereka menimba ilmu, pengalaman yang amat berguna apabila selepas mereka keluar dari latihan kelak.
0 comments:
Post a Comment