Sememangnya suatu yang unik dan istimewa dirasakan lebih 30ribu pengunjung yang dapat bersama di dalam program Muafakat Raya Kota Tinggi 2014 yang berlangsung kelmarin sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Selain di hidang dengan pelbagai jenis juadah, program bertemakan Dakapan Gaza, MH370 dan MH17 ini juga turut di serikan dengan kehadiran YAB. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin serta YAB. Dato' Muhamed Khalid Nordin, Menteri Besar Johor.
|
Ketibaaan YAB. Timb. Perdana Menteri disambut meriah |
|
Menambat silaturahim rakyat bersama pemimpin. |
|
Bersama TPM di tapak pameran. |
Dalam bergembira dengan pelbagai aturcara dari siang hari hingga ke malam, penganjuran Muafakat Raya Kota Tinggi kali ini di lihat lebih bermakna apabila pengunjung diajak sama meraikan anak-anak yatim, anak-anak istimewa (OKU) yang tentunya perlukan perhatian, mengingati tragedi malang pesawat MH370 dan MH17 yang di tembak jatuh hingga mengorbankan 298 penumpang termasuk 44 rakyat Malaysia.
|
Anak-anak yatim tidak dilupakan. |
|
Lebih 30 gerai didirikan dengan hidangan pelbagai juadah |
|
Parlimen Pengerang bersama hidangan ais krim mereka. |
|
Kemeriahan disambut tidak kira bangsa dan agama. |
|
Kumpulan Marhaban |
|
Pintu masuk utama ke tapak program Muafakat Raya Kota Tinggi 2014 |
Penderitaan dan kesengsaraan berpanjangan yang ditanggung rakyat Palestin juga tidak dilupakan. Mengumpul sebanyak mungkin dana untuk disalurkan ke Tabung Kemanusiaan Palestine (Media Prima Berhad) adalah antara tujuan utama program ini dianjurkan.
|
Kutipan dana Tabung Kemanusiaan Palestine |
|
Para pemimpin turut sama hulurkan derma |
|
Pengunjung membeli cenderamata sambil menderma |
Dengan iniasiatif Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin bersama gabungan Kerajaan Negeri Johor, Pejabat Daerah Kota Tinggi, Pusat Khidmat Ahli Parlimen dan juga agensi-agensi kerajaan dengan kerjasama Yayasan Mesra serta sokongan seluruh warga daerah Kota Tinggi dapat di anjurkan dengan jayanya.
|
Cenderamata untuk TPM diserahkan oleh YAB. MB Johor |
|
YAYASAN MESRA turut menyumbang ke Tabung Gaza |
|
Hasil kutipan warga pendidik dan anak murid sekolah daerah K.Tinggi |
Jumlah dana yang terkumpul turut berjaya melepasi jangkaan yang disasarkan dimana kutipan keseluruhanya mencecah RM 60,396.00.
Menurut Datuk Ehasanudin selaku Pengerusi Yayasan Mesra, jumlah sebanyak ini tidak akan tercapai jika rakyat tidak sama2 menyokong.
Sebagai sebuah institusi yang berteraskan kebajikan kepada masyarakat, tentu sekali pencapaian-pencapaian seperti ini menjadi suatu yang amat bermakna. Kejayaan ini juga, secara tidak langsung memberi kekuatan buat Yayasan Mesra dalam mewujudkan program-program kemasyarakatan dan kebajikan secara proaktif dan berterusan di masa hadapan.
|
Datuk Ehsanuddin Harun Narrashid turut tampil mendeklamasikan
sebuah sajak bertajuk Aku Palestin
|
|
Keluarga dan warga kerja YAYASAN MESRA |
- Selanjutnya KLIK saksi video di bawah:
ARTIKAL BERKAITAN KLIK LINK DIBAWAH -
0 comments:
Post a Comment