
Tiga orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor dari Barisan Nasional (BN) dijangka akan ditawarkan untuk mengisi jawatan Ahli Majlis Mesyuarat, Kerajaan Negeri Selango (Exco) dalam rombakan yang bakal dilakukan tidak lama lagi.
Menurut sumber sebentar tadi, ia sebagai balasan kerana menyokong pentadbiran Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
“Saya difahamkan Tan Sri akan mengadakan rombakan dalam masa yang terdekat sejurus selepas beliau berjumpa dengan wakil-wakil Exco dari DAP dan PKR.
“Selepas perjumpaan tersebut, Tan Sri dijangka akan mengugurkan beberapa nama dari DAP dan PKR bagi melicinkan pentadbiran kerajaan negeri” katanya sebentar tadi.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai spekulasi itu.
“Selanjutnya, baik kita tunggu pengumuman yang akan dibuat oleh Tan Sri Menteri Besar” ujarnya lagi.
BN Selangor sebentar tadi mengumumkan akan memberikan sokongan penuh kepada Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar.
“Saya mengikuti kenyataan dikeluarkan MB Khalid tentang status kedudukan beliau. Saya sudah berhubung dengan PM untuk mendapatkan hala tuju.
“Saya nak nyatakan BN sokong status Khalid kekal sebagai MB Selangor tanpa mengira fahaman politik. Kita juga tidak melihat kewajaran kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) Selangor kerana apa yang penting soal kesinambungan dan nasib rakyat Selangor,” katanya pada satu sidang media di Putrajaya hari ini.
Terdahulu Abdul Khalid di dalam sidang akhbar hari ini berkata Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan dan memperkenankan beliau untuk terus mentadbir kerajaan negeri.
Khalid berkata, beliau turut menjelaskan kepada Tuanku bahawa dirinya masih memperolehi kepercayaan majoriti daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).
Jelasnya, beliau akan kekal dengan jawatannya dan menjalankan tugas seperti biasa sehingga terdapat perkembangan baharu.
Beliau turut menjelaskan akan bertemu enam exco lain dari PKR dan DAP untuk bertanya mengenai kesanggupan bekerjasama bersama pentadbiran beliau.
“Kalau mereka tak mahu bersama dalam pasukan menteri besar, lebih baik mereka tak jadi exco,” kata beliau. - Sumber
SOUTHERN Blogger
-
Beyond the constraint of Donald Trump's tariff
-
*"My earth is spacious" - Quran Surah Ankabut Verse 56*
On April 2nd, 2025, POTUS Donald Trump announced his reciprocal tariff
strategy in a White House R...
1 month ago
-
Wanita DAPig Mulakan Pancutan Di Mahkota
-
*Bercukur la para pengikut umdap kerana tuhan politik dapig mereka dah mula
bekerja menawan hati pengundi cina. Kiranya atas kertas macam umdap dan
se...
9 months ago
-
Mat Hasan should take over from Zahid and rebuild Umno/BN
-
Umno was thrashed once again the other day.
It won only 19 of the 108 seats contested in the six state elections.
Fourteen of the seats won by the party ...
1 year ago
-
CARILAH CALON YANG MEMERANGI RASUAH DAN LGBT KAWASAN ANDA.
-
Carilah Calon dikawasan anda yang Partinya memerangi Rasuah dan menolak
amlan LGBT.
Wahai Rakyat Malaysia sesungguhnya mati itu benar, Soalan Kubur Nokar D...
2 years ago
-
BN UMUM CALON SABTU INI
-
BN UMUM CALON SABTU INI KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) akan
mengumumkan 28 calonnya yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri
(PRN) Melaka pada j...
3 years ago
-
GEMPAR: Mahathir angkat sumpah
-
*NEWS:*
Tun Dr Mahathir Mohamad akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri
Malaysia di hadapan Yang di Pertuan Agong di Balai Rong Seri, Istana
Neg...
5 years ago
-
PH catat sejarah dividen ASB paling buruk
-
Tahniah PH, anda berjaya cipta rekod pemberian dividen ASB paling buruk
5 years ago
-
Cara Untuk Naikkan Penjualan Minyak Kelapa Sawit??? Menteri PH Sewajarnya
Lebih Bijak!!!
-
Bukankah lebih baik jika Kerajaan mensyaratkan maksima 3x gorengan sahaja
utk minyak masak yg diguna di permis2 jualan makanan? Jika penjual2 goreng
pisang...
6 years ago
-
#BuktiRM2.6B : DS Najib merompak, menyamun & mencuri berbilion-bilion?
-
Pendedahan secara terbuka berserta tunjuk bukti dokumen berkaitan isu
RM2.6 oleh DS Najib Tun Razak yang sering ditunjukkan oleh
pemimpin-pemimpin ...
6 years ago
-
Kakitangan SPAD Harap Kerajaan Pertimbangkan Semula Bubar SPAD..
-
Agak terkejut dengan pengumuman Perdana Menteri..itulah luahan yang dirasa
rata-rata pekerja dalam Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang
mana S...
7 years ago
-
SIAPA CALUN BN LAWAN TSMY DI PAGOH?
-
PPBM dan umumkan, bahawa Tan Sri Muhyiddin akan mempertahankan kerusi
Parlimen Pagoh. Berbanding nama-nama besar lain dalam PAKATAN yang melompat
ke kerus...
7 years ago
-
-
AWESOME - HANYA DI JOHOR RaSUK 2017
-
Alhamdulillah Negeri Johor mempunyai MB yang berwawasan dan mempunyai
iltizam yang kuat untuk membangun Negeri johor menurut acuan yang di terima
rakyat ...
8 years ago
-
Tujuh Beranak Tinggal Di Kaki Lima Kedai Dapat Perhatian Wakil Rakyat
-
JOHOR BAHRU, 23 Feb — Nasib tujuh sekeluarga yang menjadikan kaki lima
sebuah rumah kedai di Masai, di sini, sebagai tempat berteduh mendapat
perhatian Ahl...
8 years ago
-
Pemimpin ....
-
Pemimpin yang baik akan disayangi dan dicintai oleh orang dibawahnya.
Setiap pemimpin perlu mengetahui suatu proses aliran yang wujud dalam
kepimpinannya...
10 years ago
-
KEKAL MB : Khalid Ibrahim 'Penderhaka'. Saksi video.
-
Setelah Menteri Besar Selangor di istihar status ahli serta kedudukannya
dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) di 'pecat'...
Lunyai Khalid Ibrahim dikerjakan...
10 years ago
-
JELAJAH 1 BELIA 1 KEMAHIRAN : Di Kota Tinggi 26 Februari.
-
JELAJAH 1 BELIA 1 KEMAHIRAN akan berada di Dewan Jubli Intan Kota Tinggi
sempena PROGRAM MEMBARA UMNO BHG. KOTA TINGGI pd 26 FEBRUARI 2014 (RABU)
bermula j...
11 years ago
-
Kajang Move merupakan strategi Anwar untuk menyatupadukan UMNO-PAS. :D
ReplyDeletesebaiknya Umno usah ada dalam exco negeri... agar tidak menjadi isu yg akan digunakan puak Liberal dan Syiah Pas untuk protes terhadap Hi Hadi... Mat sabu dan Liberal group sedang menyusun strategy untuk dropkan Hadi dan Ulama yg lain...
ReplyDeleteBiar Hadi selesa dan tidak diserang hendap... kemudian barulah tindak pecat mika mika ni dimbil... selesaikan isu TSKI dulu... Umno...sokong tanpa syarat..dan tanpa kedudukan lebih effective move dan ditakuti olih perasit perasit politik... sebab no issue untuk merosakkan Pas Leadership dan untuk memenangkan Anwarisme dan Syiah... Dont fall to this situational trap... Umno lebih matang dari dari sifat gelojuh...
Amat setuju sekali...UMNO dah janji sokongan tanpa syarat..jgn terima tawaran sebagai.Exco..cukup sekadar berdiri bagai tembok di belakang khalid pun sudah mencukupi....jadi hulubalang mengawal keselamatan khalid..
Delete