#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

12 August 2014

#MBSelangor : Titah Sultan bukan sembang Anwar...



Tiga orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor dari Barisan Nasional (BN) dijangka akan ditawarkan untuk mengisi jawatan Ahli Majlis Mesyuarat, Kerajaan Negeri Selango (Exco) dalam rombakan yang bakal dilakukan tidak lama lagi.

Menurut sumber sebentar tadi, ia sebagai balasan kerana menyokong pentadbiran Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Saya difahamkan Tan Sri akan mengadakan rombakan dalam masa yang terdekat sejurus selepas beliau berjumpa dengan wakil-wakil Exco dari DAP dan PKR.

“Selepas perjumpaan tersebut, Tan Sri dijangka akan mengugurkan beberapa nama dari DAP dan PKR bagi melicinkan pentadbiran kerajaan negeri” katanya sebentar tadi.


Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai spekulasi itu.

“Selanjutnya, baik kita tunggu pengumuman yang akan dibuat oleh Tan Sri Menteri Besar” ujarnya lagi.

BN Selangor sebentar tadi mengumumkan akan memberikan sokongan penuh kepada Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar.

“Saya mengikuti kenyataan dikeluarkan MB Khalid tentang status kedudukan beliau. Saya sudah berhubung dengan PM untuk mendapatkan hala tuju.

“Saya nak nyatakan BN sokong status Khalid kekal sebagai MB Selangor tanpa mengira fahaman politik. Kita juga tidak melihat kewajaran kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) Selangor kerana apa yang penting soal kesinambungan dan nasib rakyat Selangor,” katanya pada satu sidang media di Putrajaya hari ini.

Terdahulu Abdul Khalid di dalam sidang akhbar hari ini berkata Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan dan memperkenankan beliau untuk terus mentadbir kerajaan negeri.

Khalid berkata, beliau turut menjelaskan kepada Tuanku bahawa dirinya masih memperolehi kepercayaan majoriti daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).


Jelasnya, beliau akan kekal dengan jawatannya dan menjalankan tugas seperti biasa sehingga terdapat perkembangan baharu.

Beliau turut menjelaskan akan bertemu enam exco lain dari PKR dan DAP untuk bertanya mengenai kesanggupan bekerjasama bersama pentadbiran beliau.

“Kalau mereka tak mahu bersama dalam pasukan menteri besar, lebih baik mereka tak jadi exco,” kata beliau. - Sumber

3 comments :

  1. Kajang Move merupakan strategi Anwar untuk menyatupadukan UMNO-PAS. :D

    ReplyDelete
  2. sebaiknya Umno usah ada dalam exco negeri... agar tidak menjadi isu yg akan digunakan puak Liberal dan Syiah Pas untuk protes terhadap Hi Hadi... Mat sabu dan Liberal group sedang menyusun strategy untuk dropkan Hadi dan Ulama yg lain...
    Biar Hadi selesa dan tidak diserang hendap... kemudian barulah tindak pecat mika mika ni dimbil... selesaikan isu TSKI dulu... Umno...sokong tanpa syarat..dan tanpa kedudukan lebih effective move dan ditakuti olih perasit perasit politik... sebab no issue untuk merosakkan Pas Leadership dan untuk memenangkan Anwarisme dan Syiah... Dont fall to this situational trap... Umno lebih matang dari dari sifat gelojuh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amat setuju sekali...UMNO dah janji sokongan tanpa syarat..jgn terima tawaran sebagai.Exco..cukup sekadar berdiri bagai tembok di belakang khalid pun sudah mencukupi....jadi hulubalang mengawal keselamatan khalid..

      Delete

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.