#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

1 Ogos 2014

@YayasanMESRA : Ramadhan di muliakan, Syawal diraikan... 'Ini Baru Raya'



Dalam  meraikan kedatangan Syawal, tahun ini. Yayasan Mesra yang mana penubuhannya diasaskan bersama oleh YB Datuk Noor Ehsanuddin bin Hj. Mohd Harun Narrashid dan Encik Zamsari bin Jumani telah menganjurkan Program Mesra Aidilfitri, 'Ini Baru Raya' bertempat di Kampung Teluk Sengat, Kota Tinggi, Johor, kelmarin.

Program yang di kelolakan oleh KRT dan Jawatan Kuasa Keselamatan Kampung (JKKK) Teluk Sengat itu, turut sama dianjurkan oleh RTM dan Pejabat Daerah Kota Tinggi dengan mendapat kerjasama JPMM DUN Johor Lama serta Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kota Tinggi.

Terlebih dahulu, KLIK saksikan video di bawah:


YB Datuk Noor Ehsanuddin Bersama Ketua Kampung Teluk Sengat


YB Datuk Noor Ehsanuddin Beramah Mesra Dengan Orang Ramai.


'Air Sakar' hanya di Kg Teluk Sengat untuk tetamu setiap kali
hari raya. Antara hidangan istimewa dengan ramuan
serbuk kayu manis...

Selain menjamu pelbagai juadah yang dihidang dan di serikan dengan acara menarik iaitu 'Rewang Kampung'... Suasa kemeriahan sepanjang 
Program Mesra Aidilfitri, 'Ini Baru Raya' tersebut turut dibawa bersiaran secara langsung dua hari berturut-turut (raya ke-2 dan ke-3) melalui slot rancangan 'Selamat Pagi 1 Malaysia' di tv RTM.

Temuramah secara live Tuan Pegawai Daerah Kota Tinggi
bersama pengacara RTM



Masak beramai-ramai dalam 'Rewang Kampung'
Walau pun penganjuran ini adalah yang pertama, dengan adanya bantuan serta tajaan sepenuhnya daripada Felda Global Venture (FGV), segala aturcara yang dirancang dapat berjalan lancar dengan jayanya.

Antara tetamu yang hadir
Meriahnya Hari Raya


INFO RINGKAS
AKTIVITI YAYASAN MESRA 
SEPANJANG BULAN RAMADHAN

KLIKSINI : http://yayasanmesra.org/
Pelbagai program telah dijalankan di sepanjang bulan ramadhan yang lalu. 
Antaranya seperti berikut:

1. Mesra AidilFitri Meriahnya Raya
2. Mesra Ramadhan Memakmurkan Surau
3. Mesra Sahur Bersama Anak-anak Yatim
4. Ziarah Mesra Jalinan Murni - Khas Ramadhan

Diatas adalah antara program yang terpilih bagi memenuhi aturcara dsepanjang bulan Ramadhan, tahun ini. Tumpuan aktiviti berunsur kebajikan menjadi fokus dengan penglibatan golongan yang memerlukan seperti para asnaf, anak-anak yatim dan orang kurang upaya.

Dalam menjayakan program-program diatas, selain Pengerusi Yayasan Mesra YB Datuk Noor Ehsanuddin bin Haji Mohd Harun Narrashid juga merangkap Ahli Parlimen Kota Tinggi, YB, ADUN Johor Lama, YB. ADUN Sedili bersama Tuan Pegawai Daerah Kota Tinggi juga wakil-wakil dari agensi kerajaan negeri telah turut serta sepanjang program berjalan.

Pada ketika selain daripada waktu di bulan Ramadhan, Yayasan Mesra menumpukan kepada
aktiviti atau program-program penyelidikan, penyedia pelan tindakan serta melaksanakan aktivitiyang menjurus kepada pembangunan masyarakat.

Dibawah adalah 3 teras yang menjadi landasan bagi menggerakkan
penubuhan Yayasan Mesra iaitu:

1. Pendidikan
2. Kebajikan dan Kemasyarakatan
3. Kesihatan

KLIKSINI

Reaksi:

0 ulasan:

Catat Ulasan

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.