#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

10 March 2014

#MH370 #PRAYFORMH370 : Puak pembangkang terus mengguris perasaan kita. KLIK baca ni!


MH370:   Sikap Rakyat Malaysia VS ‘Bangsa Malaysia’

Kehilangan pesawat MH370 terus menjadi perbualan hangat bukan sahaja di Malaysia, tetapi hampir di seluruh dunia. ‘Kapal terbang’ pada dasarnya, adalah antara kenderaan yang paling selamat dan amat jarang merekodkan kemalangan. Pesawat Boeing 777 juga diiktiraf sebagai pesawat paling selamat dan dilengkapi dengan peralatan paling canggih untuk menangani kecemasan termasuk menghantar isyarat secara automatik jika terjatuh ke dalam laut. 

Malaysia Airlines (MAS) pula terkenal sebagai antara syarikat penerbangan yang paling cekap.  Rekod keselamatan MAS telah mendapat pengiktirafan antarabangsa iaitu hampir tiada sebarang kes yang melibatkan kecuaian mahupun kerosakan.

Satu-satunya insiden besar yang melibatkan MAS di mana pesawat terhempas di Tanjung Kupang pada tahun 1977 juga bukanlah melibatkan kecuaian atau kerosakan, tetapi rampasan.

Justeru, kehilangan MH370 tanpa sebarang panggilan kecemasan atau atau tanda-tanda amaran atau isyarat dari kokpit amatlah menghairankan, walaupun bagi para penyiasat dan pakar-pakar penerbangan antarabangsa. Ia bukanlah satu kes biasa tetapi dikategorikan sebagai pelik apatah lagi dengan tiada sebarang penemuan atau petunjuk langsung walaupun telah mencecah hari ketiga. 

Dalam keadaan di mana pakar-pakar juga mengakui kesukarannya,  ada pula di kalangan warga Malaysia yang jauh terlebih bijak dari pakar. Mereka bukan sahaja bersikap seolah-olah mereka pakar penerbangan, tetapi juga pakar kapal selam, pakar penyelamat dan juga pakar mengukur iman dan dosa pahala yang terlibat, dari kerajaan sehinggalah ke juruterbang dan penumpang. 



 Mereka ini membuat berbagai-bagai spekulasi dan gurauan yang tidak kena tempat untuk menunjuk pandai. Lebih buruk, mereka mengaitkannya dengan politik dan juga keputusan kes liwat Anwar Ibrahim. 

Pada waktu semua negara yang terlibat dan tidak terlibat turut bersatu dalam merasai cemas, bimbang dan sedih, mereka ini terus mengajak kepada perpecahan. 

Kita tidak tahu kenapa bumi bertuah ini dihuni oleh begitu ramai manusia yang tidak tahu bersyukur dan hanya tahu merungut. Tetapi apa yang kita tahu ialah kebanyakan mereka ini merupakan penyokong pembangkang dan majoriti dari mereka amat membenci UMNO dan kerajaan yang dianggap mereka sebagai rasis. 



 Mereka ini terdiri dari kumpulan yang mengaku sebagai bukan Melayu, bukan Cina dan bukan India, tetapi kononnya ‘bangsa Malaysia’. 

Malangnya ‘bangsa Malaysia’ ini tidak punya perasaan sayangkan negara mahupun prihatin dengan apa yang berlaku pada rakyat Malaysia.  ‘Bangsa Malaysia’ ini saban hari mengutuk dan menghamun Malaysia sahaja kerjanya. 

Dan ‘Bangsa Malaysia’ ini tidak bersama-sama dengan rakyat Malaysia dan negara lain meratapi dan mendoakan MH370.  Sebaliknya, mereka sibuk menghamun kerajaan sambil membela Anwar Ibrahim. 


Apa yang berlaku membuktikan bahawa ahli-ahli politik pembangkang telah benar-benar merosakkan minda dan sikap penyokong mereka.  Ini terbukti apabila pemimpin pembangkang berjenaka tentang ‘segitiga Bermuda’ di Vietnam dan mengemukakan soalan sindiran mengenai penggunaan ‘kapal selam’ ketika memperkatakan tentang MH370. 

Jelas, mereka bukan sahaja tidak prihatin tetapi teramat bodoh sekali dan pengikut mereka semuanya sudah terpengaruh dengan sikap mereka.

Walaupun dalam keadaan kita bersedih dan cemas, rakyat Malaysia wajar melihat sikap pemimpin dan penyokong pembangkang sebagai satu peringatan dan pengajaran. 

Apakah kita sanggup membenarkan negara ini diperintah oleh manusia-manusia yang pentingkan diri, tidak sensitif, tidak bertanggungjawab dan bodoh seperti pembangkang itu? 



Ingatlah, pada waktu ini, seluruh dunia memerhatikan kita.   Seluruh dunia bersama kita mendoakan yang terbaik ke atas penumpang pesawat milik negara kita.  Seharusnya kita bersatu tanpa mengira fahaman politik kerana ini bukan soal main-main tetapi nyawa manusia seramai 239 orang. 

Sebagai rakyat Malaysia berbilang bangsa yang lebih rasional, kita tidak perlu melayan karenah ‘bangsa Malaysia’ itu, walaupun kata-kata mereka benar-benar mengguris perasaan kita.  



Biarkan mereka menyalak semahu-mahunya.  Sebaliknya, di samping kita mendoakan MH370, kita doakanlah juga agar hati ‘bangsa Malaysia’ ini terbuka dan belajar melihat dunia dari sudut berbeza.  

ARTIKAL TERDAHULU : KLIKSINI



1 comments :

  1. Puak PEMBANGKANGKURAP memang BODOH mcm. KERBAU!

    Tolong baca artikel yg. sungguh mantap pasal agenda New World Order Barat-ZIONIS dan CNN, yg. disyaki DALANG CIA-MOSSAD, di mana CNN meneliti kapalterbang MAS ini tak lama sebelum kejadian ini di http://pasberuk.blogspot.com./2014/03/pesawat-mh370-agenda-world-order-satu.html?showComment=1394456612956#c1399657848402772426 . Saya juga syaki DRONE dr. US NAVY mungkin terlibat.

    Lihatlah disyaki penglibatan CIA-Mossad, yg. letupkan Twin Towers pd. 9/11 melalui kaedah 'Disintegration‘ - utk. menjatuhkan Islam dan MENJAJAH Dunia Islam yg. kaya minyak-gas, dengan amat BUAS dan KEJAM, bermula dgn. Afghanistan dan Iraq (dgn. menyalahkan pengganas al-Qaeda, yg. sebenarnya dicipta Barat sendiri). Lihat teori ex-CIA sendiri di http://www.presstv.ir/detail/2013/09/15/324167/excia-agent-911-lies-big-and-tragic/:

    Ex-CIA agent: 9/11 lies bigger than already known

    Sep 15, 2013

    Many people including observers inside the United States have on frequent occasions called the September 11 attacks in New York an inside job.

    Numerous theorists have spoken out over the past 12 years talking about the controlled demolition of the World Trade Center, Israeli complicity in the events, and many other issues.

    Critics questioning the US version of the 9/11 attacks have indicated, among other things, to bombs and explosives planted at the World Trade Center that demolished the buildings, jubilant Israeli intelligence agents photographing the attacks, made-up phone calls from the planes, and a warning by the Mossad (the Israeli spy agency) one day before the attacks to Israeli Tower workers and occupants to stay away from the buildings.

    A former CIA agent has also emerged with new revelations on the attacks, blaming the attack on the US intelligence apparatus.

    Susan Lindauer talks about the CIA’s detailed knowledge of the time, target, and means of the 9/11 attacks over the months prior to the events.

    “The lies are so much bigger than what you know and it’s so much deeper and it’s so much more tragic once you have the truth,” says Lindauer.

    Her evidence shows how the World Trade Center buildings were brought down by controlled demolition. Lindauer explains how thermite bomb, “an extraordinary heat-reducing bomb” which “takes steel” and “creates molten steel,” with potential sulphur in it was planted at the buildings.

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

    ReplyDelete

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.