#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

15 March 2014

#MH370 #PRAYFORMH307 : Kenapa Satellite Amerika Gagal Kesan MH370?



Jika diperkatakan tentang kemajuan, maka secara automatik, seluruh manusia di bumi ini akan merujuk kepada Amerika.

Segala penciptaan baru, penemuan baru, peralatan canggih mahupun senjata pembunuh terhebat, semuanya pasti dikaitkan dengan Amerika. Biarpun Jerman, Rusia atau Perancis serta Korea dan China turut terkenal dengan berbagai aset hebat, namun Amerika telah menjadi ‘simbol’ kemajuan dan terpahat sebagai tamadun tertinggi di zaman ini.

Amerika menjadi kuasa terbesar dunia bukan kerana ia menguasai teknologi tetapi kerana ia turut menguasai media dan juga maklumat.

Sesuatu negara atau bangsa itu tidak menjadi kuasa terbesar dunia melalui beberapa siri ‘kebetulan’ atau tidak sengaja. Penguasaan Amerika ke atas dunia merupakan satu perancangan yang teliti melangkaui abad dan generasi.

Setiap generasi akur mewarisi cita-cita yang sama dan meneruskan usaha untuk mencapai matlamat tersebut. Mereka belajar dari setiap kesilapan dan setiap kali juga akan bangun dengan lebih kuat lagi sehinggalah pada hari ini di mana semua negara perlu tunduk kepada mereka atau menghadapi akibatnya. Hanya kerana akal sebahagian dari kita tidak mampu mencerna konspirasi Amerika untuk menguasai dunia, maka ia tidak bermakna ia mustahil. Amerika berjaya menakluk dunia kerana ia sentiasa percaya bahawa tiada apa yang mustahil.

Oleh itu, dengan segala kehebatan yang dimiliki oleh Amerika dan kepantasan negara itu bertindak dalam kehilangan MH370, kita hairan kenapa pesawat itu masih belum ditemui. Bukan saja tidak ditemui tetapi satu petunjuk pun tidak ada.

Boeing 777 adalah pesawat buatan Amerika. Ia merupakan antara pesawat paling canggih dan paling selamat di dunia. Maka, jika ada yang mampu ‘menghilangkannya dengan begitu misteri’, ia pastilah pihak Amerika juga. Namun, tentu sekali ini tidak dapat dibuktikan dan kekal menjadi spekulasi.

Apa yang bukan spekulasi di sini ialah keupayaan aset Amerika dalam mengesan pesawat tersebut.

Kita sedia maklum akan kewujudan Satelit Reconnaisance Amerika yang mampu mengesan lokasi mahupun letupan di udara. Pusat kawalan satelit ini dikatakan mampu menjejak peluru berpandu, sekiranya ia dilancarkan ke udara dan ke arah pesawat. Satelit dengan teknologi infra-red tersebut pernah mengesan letupan ke atas TWA Flight 800 pada tahun 1996 di Lautan Atlantik sejurus selepas berlepas dari Lapangan Terbang JFK.

Selain itu, USS 7th Fleet Navy yang dilengkapi radar paling canggih juga digunakan untuk operasi mencari dan menyelamat MH370. Tidak cukup dengan itu, tenaga kepakaran Amerika termasuk dari tentera, FBI, CIA juga dibawakan ke Malaysia untuk misi ini.

Pendek kata, habis segala kecanggihan dan kepakaran di dunia telah digunakan dalam usaha mencari pesawat malang ini. Habis segala teori meletup di udara, tenggelam di laut atau jatuh di daratan telah diterokai. Namun, ia masih lagi tidak ditemui.

Satu-satunya satellite yang dapat ‘mengesan’ sesuatu yang disyaki sebagai pesawat yang hilang itu ialah satellite milik China. Malangnya, objek yang dikesan di Laut China Selatan itu, bagaimanapun, disahkan sebagai bukan pesawat yang dicari.

Yang menjadi persoalan ialah kenapa satellite Amerika tidak mengesan objek tersebut terlebih dahulu dari China?

Apakah aset dan kepakaran Amerika tidak sehebat yang disangka? Atau apakah ini satu ujian ke atas Malaysia dalam usaha untuk memberi tekanan ke atas sesuatu isu lain? Apakah ia hanya ‘umpan’ untuk mengkaji kekuatan lawan mereka di rantau ini, iaitu China?

Amerika kemudian memberi komitmen untuk terus berada di sini tanpa tempoh tertentu yang ditetapkan bagi meneruskan pencarian. Mungkinkah kegagalan menemui pesawat tersebut hanyalah alasan untuk berada di rantau ini selama mungkin sehingga apa jua ‘operasi sulit’ mereka selesai?

Dalam keadaan di mana kepakaran dan aset Amerika yang mampu mengesan apa saja berada di dalam negara ini, di seluruh pelusuk penjuru perairan dan juga udara, maka pasti mudah sahaja untuk mereka mengatur apa saja.

Media barat telah mula mempersoalkan Malaysia dari segi kredibiliti kepimpinan dan juga keselamatan. Aspek keganasan nampaknya terus sengaja digembar-gemburkan. Rata-rata media barat cuba menggambarkan Malaysia sebagai lemah dan tidak berdaya.

Melihat dari modus operandi Amerika dalam menguasai negara lain seperti di Timur Tengah, kita bimbang sekiranya kehilangan MH370 ini hanyalah permulaan kepada bencana yang lebih besar.

Teorinya ialah, buktikan dahulu kepada dunia bahawa sistem keselamatan Malaysia tersangat lemah dan kredibiliti pemimpin Malaysia tersangat buruk sebagai justifikasi awal keganasan yang bakal berlaku dalam negara ini sedikit masa lagi.

Jika teori ini benar, maka satu persoalan yang mungkin kejam namun perlu diambilkira oleh kepimpinan ialah: Apakah berbaloi kita memberi sepenuh ruang dan kepercayaan kepada Amerika serta memperjudikan kedaulatan negara dan nasib seluruh rakyat jelata…untuk MH370?

11 comments :

  1. Kita hanya mampu berdoa untuk sejahtera negara dan memohon allah menghancurkan musuh2 negaea samada di dalam dan di luar.

    ReplyDelete

  2. Artikel zg. sungguh BERNAS MP!

    Bah. Pertama:

    Si rejim-rejim Barat-Zionis ni memang DALANG-DUA-MUKA plg. DAJAL! Bayangkanlah, dgn. teknologi amat canggih Barat-Zionis termasuk sistem Satellite NSA dan NASA, mereka tak boleh mengesan MAS ini – MUSTAHIL; sedgkan DRONE mereka boleh pula kesan ‘teroris’ (kononnya) kampung kat pendalaman dan kwsn. pergunungan, cthnya di Afghanistan, Pakistan, Yemen dsbnya!

    Saya mengesyaki Pangkalan Tentera Udara Amerika Syarikat di Diego Garcia yg. terletak di Lautan Hindi, mungkin terlibat dlm. TERORISMA dajal ini (di - http://www.mazidulakmal.com/2014/03/cabal-times-dedahkan-tentang-diego.html , CABAL TIMES DEDAHKAN TENTANG DIEGO GARCIA DAN MH370 , Khamis, Mac 13, 2014; dan http://darah-satria.blogspot.com/2014/03/agenda-tersirat-disebalik-rampasan.html, Agenda tersirat disebalik rampasan pesawat MAS MH370 Thursday, 13 March 2014;)! Kemungkinan yg. sungguh MENGGERUNKan - cara TERORISMA yg. terbaru dan paling GANAS, oleh Barat-ZIONIS! Selepas berita ini tersiar, CIA dan Pentagon tiba-tiba mengeluarkan teori , kapal perang USS Kidd akan SEGERA mencari di Lautan Hindi pula akibat kemungkinan MAS terhempas di situ, tapi mengapa pula MAS boleh terbang sampai ke situ pd. asalnya; jadi teori MAS di’hijack’ ke Diego Garcia ini tidak mustahil – kemudian MAS kononnya akan dijumpai oleh US Navy dalam Lautan Hindi yg. sungguh sukar ini, kononnya terhempas setelah dirampas ‘teroris’, bahkan ini memang baru diramalkan Pentagon (macam mana pula dia tahu MAS terhempas di Lautan Hindi?!) dan kenapa tak mengesahkan dahulu hal ini dgn. K’jaan kita! Maka bukti MAS dihijack di Diego Garcia ini mungkin tidak akan dijumpai bila-bila – inilah yg. disyaki diharapkan si PENGGANAS Barat-Zionis ini.

    Ini disyaki akibat kehadiran sekaligus, 12 jurutera/saintis teknologi TINGGI dari Malaysia dan 8 dr. China, yg. sgt. penting, termasuk empat pemegang patent teknologi terbaru, dr. syarikat Freescale Semiconductor. Sy. Freescale ini terlibat dlm industri Microchip, Data, Angkasa dan Pertahanan (lihat di http://www.techbriefs.com/component/content/article/31-ntb/webcasts/on-demand-webinars/17016 , Freescale’s Portfolio of Microprocessors, Microcontrollers, and RF Devices for Aerospace and Defense , 06 August 2013; dan lihat di http://www.thestar.com.my/Business/Business-News/2014/03/10/Loss-Of-Employees-On-Malaysia-Flight-A-Blow-US-Chipmaker-Says/, Loss of employees on MAS flight a blow, US chipmaker says, March 10, 2014 )!

    Di samping itu, Freescale Semiconductor ini juga turut dimiliki Empayar ZIONIS plg. Dajal, Empayar Rothschild, yg. membiayai dan mengasaskan Zionisma dan Israel (yg. berasal dr. Jerman, dan menjadi begitu berkuasa sejak abad ke 16 setelah menjadi “peminjam wang” kpd. Raja-Raja Eropah dan kemudiannya mengahwini mereka) - lihat di http://aftertheshift.blogspot.com/2014/03/malaysia-airlines-flight-370-patents.html, Malaysia Airlines Flight 370: “Patents Patents Patents?” ; http://www.blissful-wisdom.com/rothschild-sponsored-zionism-world-banking-control-and-israel.html, Rothschild sponsored Zionism, World Banking Control, and Israel; http://www.tokenrock.com/explain-order-of-skull-and-bones-the-78.htm, The Order of Skull and Bone; dan http://vigilantcitizen.com/hidden-knowledge/the-order-of-the-illuminati/ , The Order of the Illuminati: Its Origins, Its Methods and Its Influence on the World Events, Dec 12th, 2012.


    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

    ReplyDelete
  3. Sekarang, si CIA dan pakar Barat-Zionis lain, buat teori MAS mungkin dirampas kat tempat lain pula, dari Kepulauan Andaman di Bay of Bengal, ke Iran, Afghanistanlah dan mcm-macm lagi!

    Saya syaki ini cubaan nak mengalih perhatian dari DIEGO GARCIA! Tapi sebelum ni CIA/Pentagon dah yakin MAS ‘terhempas’ di Lautan Hindi! Mereka dah PANIK tentang pendedahan Diego Garcia dlm insiden ini!

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete
  4. pihak us dah terlepas cakap bahawa kawasan pencarian sepatutnya diperluaskan ke lautan hindi. oleh kerana disitu terletaknya pengkalan tentera us (deigo garcia), pihak us tergesa-gesa menghantar aset lautnya ke lautan hindi dan mengwar-warkan bahawa kemungkinan pesawat mh370 terbang menghala ke laut andaman, ke iran, afganistan dan lain2. sengaja nak curi masa dan elak tumpuan dunia terarah ke deigo garcia. secara peribadi, aku tak fikir us tak tahu mh370 itu berada di mana. dengan kecanggihan aset yg mereka ada, satelit dll, mustahil tak dapat detect lokasi mh370. aku sendiri percaya, us boleh tahu lokasi mh370 jika mereka jujur sepenuh hati nak bantu.

    ReplyDelete
  5. Betul tu anon 10:47am - lihat di http://maelpengerang.blogspot.com/2014/03/mh370-prayformh307-kenapa-satellite.html, Kenapa Satellite Amerika Gagal Kesan MH370? , March 15, 2014.

    PEMBETULAN:

    Sekarang, si CIA dan pakar Barat-Zionis lain, buat teori MAS mungkin dirampas ke tempat lain pula, dari Kepulauan Andaman di Teluk Bengal, ke Iran, Afghanistanlah dan mcm-macm lagi!

    Saya syaki ini cubaan nak mengalih perhatian dari DIEGO GARCIA – saya syaki MAS telah dibawa dr. Diego Garcia ke arah ini! ATM mesti dptkan maklumat bila radar mulaya dikesan kalau betul MAS menuju ke Kepulauan Andaman dari awal lagi, dan kononnya terhempas di Teluk Bengal. Si CIA dah PANIK tentang pendedahan Diego Garcia dlm insiden ini!

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete
  6. Maaf MaelPengerang, Makcik ingat tulis kat blog lain, sebab itu masukkan rujukan MP ini!

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete
  7. Sekarang, si CIA dan pakar Barat-Zionis lain, buat teori MAS mungkin dirampas ke tempat lain pula, di Kepulauan Andaman di Teluk Bengal, ke arah Pakistan, Iran, Afghanistanlah dan mcm-macm lagi!

    Saya syaki ini cubaan CIA nak mengalih perhatian dari DIEGO GARCIA di tengah Lautan Hindi – saya syaki MAS telah dibawa dari Diego Garcia ke arah ini! ATM mesti dptkan maklumat tarikh bila radar mulanya dikesan, kalau betul MAS menuju ke Kepulauan Andaman dari awal lagi, dan kononnya terhempas di Teluk Bengal (yg. juga terletak di Lautan Hindi).

    Lagipun, hairan betul media-media besar Barat-Zionis terutamanya CNN, tak lansung bangkitkan kenapa pengkalan militari US di Diego Garcia ini, dgn. sistem satelit yg. pasti amat canggih, tak dapat kesan lansung MAS kalau kononnya melintasi Lautan Hindi ke Kepulauan Andaman! Sedgkn tentu pengkalan militari ini akan memantau seluruh Lautan Hindu utk. kemungkinan ia disasarkan ‘teroris’ melaui laut atau udara, termasuk melalui peluru berpandu (yg. takkan kan ada radar pun).

    Disyaki CIA dah PANIK tentang pendedahan Diego Garcia dlm insiden ini! Lihatlah nanti CIA-MI6-Mossad-NATO disyaki akan menyalahkan “pengganas Islam” atau pilot Islam/Melayu kita, melalui teori Teluk Bengal ini!

    Makcik Sambal Belacan.
    umgs Enlisted

    ReplyDelete
  8. Wtc diserang pd 911 dulu pun usa x dpt kesan dr satelitnya, lps tu tuduh terrorist muslim!

    ReplyDelete
  9. tak usah panjang lebar lah, kaitkan semuanya dengan keluarga rothschild.
    karena hampir semua tragedi di bumi sejak zaman Napoleon itu ulah keluarga mereka.

    ReplyDelete
  10. Cara mudah untuk menyertai persaudaraan Illuminati di dunia. Adakah anda seorang lelaki perniagaan atau seorang artis, Ahli-ahli politik dan anda ingin menjadi besar, kuat dan terkenal di dunia, bergabung dengan kami untuk menjadi salah satu ahli rasmi kami hari ini. Anda akan diberikan peluang yang ideal untuk melawat illuminati dan wakilnya selepas Pendaftaran selesai oleh anda, tidak ada korban atau kehidupan manusia yang diperlukan, persaudaraan Illuminati membawa kekayaan dan terkenal dalam kehidupan, anda mempunyai akses penuh untuk membasmi kemiskinan daripada kehidupan anda sekarang. hanya ahli yang dimulakan ke dalam gereja illuminati mempunyai kuasa untuk membawa mana-mana ahli ke gereja, jadi sebelum anda menghubungi mana-mana badan anda mesti dihubungkan oleh siapa sudah menjadi ahli, Sertai kami hari ini dan merealisasikan impian anda. kami juga membantu ahli kami dalam perlindungan ubat yang mendorong Whatapps +16083529056 E-mel: richymoore382@gmail.com

    ReplyDelete
  11. Välkommen till den stora ILLUMINATI BROTHERHOOD. ORGANISATION ….. Vill du vara medlem i Illuminati som brödraskapsorganisation sÃ¥ kommer du att bli rik och berömd i världen och ha makt att styra människor pÃ¥ topp i världen. Är du en affärsman eller kvinna , artist, politiker, musiker, student, vill du vara rik, berömd, kraftfull i livet, gÃ¥ med i Illuminati brödraskapskulten idag och fÃ¥ omedelbar rik summa av. 2 miljoner dollar i veckan och ett gratis hem. nÃ¥gon där du väljer att bo i den här världen och ocksÃ¥ fÃ¥ 20.000.000 dollar per mÃ¥nad som lön% 2026 FörmÃ¥ner till nya medlemmar som gÃ¥r med i ILLUMINATI. 1. En kontantavgift pÃ¥ USD 800 000 USD 2. En ny elegant dröm CAR värderad till USD 500 000 USD 3.A Dream House köpt i landet självständigt 4. En mÃ¥nad semester (fullt betalt) till din dröm turist destination. 5.Ett Ã¥r Golfmedlemskapspaket 6.A VIP-behandling pÃ¥ alla flygplatser i världen 7.Alla livsstilbyte 8.Access till Bohemian Grove 9.Monterad betalning av $ 8,000,000 USD till ditt bankkonto varje mÃ¥nad som medlem 10.One mÃ¥nad bokat avtal med topp 5 världsledare och topp 5 kändisar i världen. Om du är intresserad av att gÃ¥ med i storbrorskapet illuminati sataniska handsymbolen …, kan du kontakta oss för mer information om whatsApp. + 2349056393547 or email illuminatiworl521@gmail.com

    ReplyDelete

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.