#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

7 March 2014

#ComeyFun #PRKKajang : @ChewMeiFun tekad merubah Kajang.


SELAKU Naib Presiden MCA dan calon Barisan Nasional di PRK Dun Kajang, beliau sudah menunjukkan tekad untuk merubah keadaan di Kajang menjadi lebih baik. Di bawah kepimpinan Presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai, pelbagai penstrukturan baru dibuat.

Dengan menubuhkan lapan komuniti seperti pendidikan, ekonomi dan pembangunan, MCA terus mencari resolusi terbaik bagi mengenal pasti keperluan rakyat.

Bukan sahaja beliau mampu memberi khidmat terbaik, tetapi Chew Mei Fun juga mempunyai hubungan baik dengan semua menteri kabinet. Ditambah pula kini beliau sebagai Naib Presiden MCA lebih mudah untuk mendapatkan sokongan dan merealisasikan sesuatu perkara yang dirasakan perlu untuk rakyat.

Janjinya. jika menang Chew Mei Fun akan membuka pusat khidmatnya di Kajang dan melantik setiausaha serta beberapa pegawai bagi membantu menguruskan pusat khidmat itu. Beliau juga akan pastikan sekurang-kurangnya dua hari akan berada di Kajang selain turun bersama rakyat dalam program atau mendengar masalah mereka.

"Rakyat boleh hubungi saya. Saya akan buktikan saya wakil rakyat yang senang didekati. Pendekatan ini saya guna sejak berada di PJ Utara lagi. Saya adalah wakil rakyat yang rakyat boleh harapkan. Sehingga pada satu tahap saya pernah dilabel sebagai ‘MP longkang’ kerana seringkali menyelesaikan masalah longkang penduduk" katanya.

"Tetapi saya tidak kisah dipanggil ‘MP Longkang’ atau sebagainya kerana dengan label ini pembangkang makin takut pada saya kerana mereka tahu saya mampu selesaikan masalah penduduk. Saya tetap akan teruskan khidmat saya secara ikhlas walau apa label saya kerana saya percaya pengundi akan faham bagaimana saya boleh mainkan peranan", tambahnya lagi.

Menurut Chew Mei Fun, para pengundi di sini mahu seorang Adun yang benar-benar boleh didekati dan dapat memberi perkhidmatan yang sebaiknya kerana banyak masalah setempat berlaku.

"Contohnya, jalan raya yang sempit, keselamatan dan juga di sini masih ramai warga istimewa yang mahukan bantuan. Setelah hampir sebulan saya melakukan kajian di Kajang, saya dapati para pengundi mahukan seorang Adun atau wakil rakyat yang bersih, berwibawa dan paling penting mudah untuk didekati oleh semua golongan" ujarnya lagi.

Beliau menerima aduan, beberapa masalah setempat seperti isu pendidikan, kemudahan awam, keselamatan dan pendatang asing juga merupakan antara rungutan yang paling banyak diadukan padanya.

Apa yang dilakukannya, walaupun beliau bukan Ahli Parlimen atau Adun Kajang tetapi Chew Mei Fun telah mewujudkan satu program sejak 2008 yang mana saya memberi bantuan atau jagaan harian kepada anak-anak daripada keluarga ibu tunggal atau bapa tunggal.

Dan program itu telah pun dijalankan di Sekolah Jenis Kebangsaan Sungai Chua di mana anak-anak yang belajar di sekolah berkenaan dan ibu bapa yang tak mampu untuk hantar anak mereka ke pusat jagaan. Makanan pagi, tengah hari dan petang disediakan secara percuma selain menyediakan dua pembantu (sesi pagi dan petang) supaya dapat beri perlindungan kepada mereka.

Berikan tuisyen percuma kepada mereka, uniform sekolah yang percuma turut diberikan dan bawa mereka bercuti sekurang-kurangnya sekali dalam setahun.

Daripaada usaha itu, secara langsung beliau dapat beri kekuatan atau dapat membantu ibu dan bapa tunggal supaya mereka dapat bekerja dengan senang hati dan tidak bimbang ke atas keselamatan dan pendidikan anak mereka.
" Saya amat berharap para pengundi di Kajang berikan peluang kepada Barisan Nasional untuk menabur bakti sekaligus kepada mereka dengan sehabis baik seperti mana slogan ‘Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan’". ujar Chew Mei Fun yang juga bakal calon BN bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kajang pada 23 Mac ini.



0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.