#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

4 June 2015

Putus 'Tahaaluf Siyaasi'.. PAS 'baru sedar' DAP tolak Islam?


Dewan Ulama PAS Pusat sebulat suara meluluskan tanpa bahas usul supaya parti Islam itu memutuskan hubungan dengan DAP.

Bagaimanapun Dewan itu mahu PAS kekal dalam Pakatan Rakyat bersama Parti Keadilan Rakyat.

“Menyedari DAP secara berterusan dan konsisten melakukan pelbagai provokasi terhadap kedudukan PAS dan Pakatan Rakyat, Dewan Ulama PAS ke-54 mencadangkan kepada Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa PAS Pusat supaya hubungan kerjasama politik dengan DAP dibatalkan dan PAS terus kekal dalam Pakatan Rakyat,” kata Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama PAS, Mokhtar Senik.

Beliau yang juga Ketua Dewan Ulama PAS Pahang berkata demikian ketika menyampaikan usul tergempar Dewan Ulama PAS Pusat.

Usul berkenaan kemudian diterima tanpa bahas apabila 644 perwakilan bangun sebagai tanda bersetuju dengan laungan takbir.

Terdahulu perwakilan Perak, Nor Azli Musa ketika tampil untuk membahaskan usul berkenaan bagaimanapun berkata: “Saya tidak mahu berucap, tapi saya menyeru semua perwakilan dan pemerhati bangun sebagai tanda kita semua bersetuju dengan usul ini, takbir!"

Berikut Usul Tergempar Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat ke-54 yang bersidang pada 3 Jun 2015/16 Syaaban 1436 H di KUIZM, semalam.

Tahaaluf Siyaasi (Kerjasama Politik) Dengan DAP:

1. Menyedari bahawa DAP sebagai rakan kerjasama politik PAS menerusi Pakatan Rakyat secara rasmi telah memutuskan hubungan dengan Presiden PAS Pusat selaku ketua kepada parti.

2. Menyedari juga bahawa Pakatan Rakyat di Sarawak dan Sabah telah dibubarkan ekoran tekanan daripada DAP.

3. Menyedari bahawa DAP telah melangkaui batasan daripada hanya tidak bersetuju kepada menentang dan mengkritik secara lantang dan keras serta melobi ahli-ahli PAS untuk menolak usaha memperkasakan Kanun Jenayah Syariah II Kelantan yang telah dikanunkan pada 1993 sebelum penubuhan Pakatan Rakyat.

4. Menyedari bahawa DAP menerusi Lim Kit Siang dalam satu soalan rasmi ke Parlimen bertarikh 18 Mei 2015 melakukan provokasi terhadap usaha PAS Kelantan untuk meminda perlembagaan bagi melaksanakan Undang-undang Jenayah Islam di Malaysia dengan cuba menyifatkannya sebagai bertentangan dengan semangat kenegaraan dan boleh memecah-belahkan negara.

5. Menyedari bahawa DAP secara konsisten dan berterusan menyerang Presiden PAS dengan pelbagai tohmahan dan kutukan.

6. Menyedari bahawa DAP secara berterusan dan konsisten melakukan pelbagai provokasi terhadap kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat.

7. Menyedari bahawa DAP telah gagal untuk berpegang kepada prinsip "setuju untuk tidak bersetuju" dalam prinsip dan perjuangan bersendiri setiap parti dalam Pakatan Rakyat seperti perjuangan untuk melaksanakan Undang-undang Jenayah Islam.

8. Menyedari bahawa antara syarat-syarat Tahaaluf Siyaaasi (kerjasama politik) dengan parti yang tidak berlandaskan Islam mestilah dijadikan wasilah untuk menegakkan Islam, memperkukuhkan kedudukan umat Islam serta membuka ruang untuk pelaksanaan Islam serta mestilah dipastikan dasar-dasar Islam dipertahankan.

9. Menyedari bahawa sebahagian syarat-syarat keharusan kerjasama politik dengan parti tidak Islam telah dilanggar oleh sebahagian ahli PAS antaranya intimak (penggabungan diri) dan walak ahli hendaklah kepada parti Islam.


Maka Muktamar Dewan Ulamak PAS kali ke 54 mencadangkan kepada Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa PAS Pusat supaya hubungan kerjasama politik dengan DAP dibatalkan dan PAS terus kekal dalam Pakatan Rakyat.

......................................................................................
#MP:
Sejak mula lagi kita lihat keputusan PAS membuat 'tahaaluf siyaasi' dengan DAP adalah satu keputusan politik yang amat cetek.. PAS seperti tidak mengenali siapa DAP yang sejak dulu memusuhi Melayu dan Islam. Tidak hirau apa orang kata, tolak segala teguran dan pesanan. Berdampinglah macam mana pun, air dengan minyak takkan bisa bersatu. Namun PAS langsung tidak ambil peduli, masih tetap memilih untuk 'ber Tahaaluf Siyaasi' dengan DAP... Jom kita saksi kembali video, apa kata Presiden PAS Haji Hadi Awang
, suatu ketika dulu...



0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.