#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

25 June 2015

ETS akan merupakan rahmat bagi penduduk sekitar laluannya - DS Liow Tiong Lai



Hasrat orang ramai yang merancang pulang ke kampung ( laluan utara ) sempena Aidilfitri tahun ini dengan menaiki perkhidmatan KTMB mendapat perhatian Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, hari ini.

Perkhidmatan kereta api dengan menggunakan Tren Elektrik (ETS) yang menghubungkan Kuala Lumpur ke Padang Besar, Perlis dijangka beroperasi bermula 1 Julai ini.

Beliau yang juga Presiden MCA dikatakan akan mengumumkan secara rasmi tarikh mulanya operasi Perkhidmatan Trans Elektrk (ETS) dalam masa terdekat, tidak lama lagi.

Menurut DS Liow Tiong Lai, beliau sendiri akan meninjau perkembangan ETS dan akan merasai sendiri kelajuan tren tersebut ketika dalam percubaannya nanti sebelum membenarkannya untuk beroperasi.

"ETS akan merupakan rahmat bagi penduduk yang tinggal di sepanjang laluannya", tambahnya lagi.


Laluan bermula dari stesen Kuala Lumpur - Butterworth ini bakal diteruskan hingga ke Padang Besar dengan mengambil masa perjalanan 4 jam merupakan satu khabar yang baik buat rakyat dan menyenangkan kepada pengguna perkhidmatan alternatif yang lain seperti bas ekspres.

Dilaporkan bahawa laluan sepanjang 329km dari Ipoh-Padang Besar akan diserahkan kepada Kementerian Pengangkutan menjelang akhir tahun ini. Apabila siap nanti perkhidmatan ETS dari Padang Besar, Perlis ke Kuala Lumpur bakal memakan masa hanya 4 jam 15 minit berbanding kira-kira 12 jam menerusi perkhidmatan lokomotif diesel.

Dalam perkembangan lain, Sarbini Tijan, Presiden Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) pula memberitahu perbincangannya dengan pihak SPAD menunjukkan perkembangan positif dan dia berharap mendapat kelulusan segera apabila selesai beberapa ujian keselamatan bagi menjamin keselamatan penumpang. 

Pihak KTM juga telah mengeluarkan 12 ribu tiket dan telah terjual lebih dari 10 ribu tiket bagi tempoh 10 hingga 18 julai sempena cuti perayaan Aidilfitri, pertengahan Julai ini.


0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.