#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

8 June 2015

GoKL : Bekal 20 Lagi Bas Percuma Untuk Warga KL - @spadchannel



Bas Bandar GoKL.. Satu-satunya perkhidmatan bas percuma di bandar Kuala Lumpur di perkenalkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat  pada 31 Ogos 2012 dengan hanya dua laluan iaitu Laluan Hijau dan Laluan Ungulaluan KLCC-Bukit Bintang dan Pasar Seni-Bukit Bintang ) ketika itu.

Dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kelolaan RapidKL. Perkhidmatan bas bandar GoKL di ujudkan tidak lain dari untuk memberi kemudahan pengguna penganggkutan awam di kota terutama warga kerja di sekitar kawasan Central Business District (CBD) Kuala Lumpur.


Melalui penilaian prestasi yang telah dijalankan keatas Laluan Hijau dan Unggu oleh pihak SPAD semenjak mula beroperasi, demi meningkatkan kadar penggunaan perkhidmatan GoKL ke tahap yang optima. SPAD telah melaksanakan penambahbaikkan dengan menambah Laluan Merah dan Biru pada 1hb Mei 2014. (selanjutnya KLIK)

Menyediakan perkhidmatan ini adalah merupakan sebahagian daripada Pelan Transformasi Kerajaan dalam usaha mempertingkatkan penggunaan pengangkutan awam dan mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian di kawasan CBD Kuala Lumpur. Kesemua laluan, meliputi kawasan tumpuan orang ramai seperti pejabat-pejabat, terminal pengangkutan awam, pusat membeli-belah serta tempat-tempat pelancongan yang menarik dan berdasarkan kaji selidik, perkhidmatan Go KL telah dinaiki hampir 20,000 penumpang 
setiap hari.

Namun begitu, bagi usaha meningkatkan mutu serta penambahbaikan bas bandar GoKL... Demi rakyat, langkah kerajaan khususnya SPAD takkan terhenti setakat itu. 




20 buah bas baharu GoKL bagi menggantikan bas yang telah beroperasi sepanjang laluan Biru dan Merah daripada 1 Mei, 2015 lalu, diperkenalkan hari ini.

Bas baharu yang mematuhi piawai NGV EURO 5 mempunyai kapasiti bagi 65 penumpang. Selain dilengkapi dengan internet WiFi, tempat kerusi roda, ‘ramp’ dan lantai rendah bagi kemudahan warga emas dan OKU.


Bagi meningkatkan tahap keselamatan, setiap bas baharu dilengkapi 4 kamera CCTV, sistem audio bagi mengumumkan semua hentian atau destinasi dan sistem penjejakan GPS. 
Warga kota sekarang boleh menikmati pengangkutan yang lebih baik dengan pengenalan 20 bas GoKL baharu oleh SPAD yang berupaya memberikan mod pengangkutan yang selesa dan lebih selamat, terutama pada masa puncak. 


Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, SPAD En. Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal dalam kenyataan media SPAD baru-baru ini berkata, dengan adanya 20 bas baharu ini dianggarkan seramai 27,000 penumpang akan menggunakan perkhidmatan GoKL setiap hari. 

“Ini secara terus meningkatkan lagi kawasan perkhidmatan GoKL bagi memberikan ketersambungan kilometer pertama dan akhir kerana adanya 70 hentian sepanjang laluan-laluan GoKL. Ini termasuk stesen-stesen LRT dan KTM Komuter di dalam bandar dan menjadi sebahagian daripada integrasi sistem pengangkutan awam", tambahnya lagi. 


"Sehingga kini, Kerajaan, melalui SPAD, telah melabur RM28.4 juta bagi pengoperasian perkhidmatan bas GoKL. Perkhidmatan bas percuma GoKL diadakan sebagai alternatif berdaya maju dan ekonomi bagi kegunaan warga kerja, membeli belah, pelajar dan juga pelancong di dalam kawasan perniagaan pusat," jelas En.Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal.


Sempena pengenalan bas baharu dan galakkan kepada pengguna terhadap perkhidmatan bas percuma GoKL tersebut. SPAD juga mengumumkan peraduan #GoKLNow melalui laman 'twitter'nya (klik @SPADchannel) dengan menerusi tunjuk bakat kreatif anda merakam gambar-gambar atau video ketika menaiki bas bandar GoKL.


Maklumat tambahan mengenai peraduan (dari 1 Jun sehingga 26 Jun 2015) tersebut boleh didapati di laman Facebook SPAD atau klik logo GoKL diatas.SPAD berharap agar masyarakat mengambil maklum akan perkara ini. Dalam masa yang sama, pihak SPAD juga ingin menyeru pengguna untuk terus menikmati kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan ini seterusnya dapat membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas terutamanya pada waktu puncak.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan terus berusaha untuk menambah baik mutu perkhidmatan bas Bandar GO KL ini, menjadi perkhidmatan bas dalam bandar yang mudah diakses, selamat, selesa dan dapat diguna ramai.


0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.