Kali ini kejatuhan nilai ringgit menjadi berita baru yang cuba dikaitkan dengan turun naiknya ekonomi Felda Global Vanture Holding.(FGV).
Namun, apa yang berlaku keadaan tersebut tdak akan menjejaskan perniagaan Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) namun sebaliknya menambah baik eksport perladangan syarikat itu.
Pengerusinya Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata syarikat tersebut kini sedang dalam usaha untuk menambah sumber pendapatannya melalui sektor perladangan yang menyumbang sebanyak 75 peratus kepada sumber kewangan syarikat.
Mohd Isa berkata keputusan untuk meluaskan kawasan ladang di Indonesia seperti yang dilaporkan baru-baru ini adalah berikutan kawasan yang terhad di semenanjung Malaysia dan Sarawak.
Sebelum ini FGV dilaporkan sedang menimbang untuk membeli 37 peratus kepentingan dalam PT Eagle High Plantations Tbk Indonesia, sayap perladangan milik Rajawali Group, yang bernilai US$680 juta.
Pada 12 Jun lepas, ia telah memeterai perjanjian dasar induk dengan Rajawali Group bagi cadangan pembelian berkenaan.
Menurut FGV, angka itu dicapai antara lain dengan menimbang transaksi perladangan kelapa sawit yang dilaksanakan sejak 2013, seperti pengambilalihan New Britain Palm Oil Ltd (NBPOL) oleh Sime Darby pada 2014 dan Unico-Desa Plantations Bhd oleh IOI Corporation Bhd, serta urus niaga yang dijalankannya sendiri.
“Sebelum ini kita Felda Global Ventures telah mempunyai sekitar 20,000 hingga 30,000 ekar di Kalimantan Indonesia dan kini kita dalam perbincangan dengan PT Rajawali,” katanya pada majlis berbuka puasa, di sini, pada Selasa.
Bagaimanapun, katanya, perkara ini akan di dibawa ke mesyuarat agung luar biasa pada bulan Ogos ini.
0 comments:
Post a Comment