#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

15 June 2015

Kenyataan DS Nazri Aziz 'biadap'..! - Pemuda MIC Johor.


KENYATAAN AKHBAR
S.DEVA
KETUA PEMUDA MIC JOHOR


MENGENAI KENYATAAN BIADAP DATUK SERI NAZRI AZIZ TERHADAP TMJ

PEMUDA MIC JOHOR mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan biadap Menteri Pelancongan, Datuk Seri Nazri Aziz terhadap TUNKU MAHKOTA JOHOR, TUNKU ISMAIL IBNI SULTAN IBRAHIM.
Sebagai seorang pemimpin negara, Datuk Seri Nazri sepatutnya menunjukkan contoh ikutan yang baik kepada rakyat supaya menghormati INSTITUSI DIRAJA di negara kita dan bukannya bertindak seperti ketua kumpulan KONGSI GELAP dengan mengeluarkan kata-kata ugutan kepada TUNKU MAHKOTA JOHOR.
Untuk itu, PEMUDA MIC JOHOR mahu kepimpinan BARISAN NASIONAL PUSAT mengenakan TINDAKAN DISIPLIN kepada Datuk Seri Nazri.Ini selari dengan semangat BARISAN NASIONAL yang sentiasa mendokong prinsip RUKUN NEGARA yang salah satu daripadanya adalah KESETIAAN KEPADA RAJA dan NEGARA. PEMUDA MIC bimbang, sekiranya tiada tindakan diambil terhadap kebiadapan Datuk Seri Nazri ini, budaya MENGHINA dan BERSIKAP BIADAP terhadap INSTITUSI DIRAJA di MALAYSIA akan menular di kalangan para PEMIMPIN yg lain.
Selain itu, PEMUDA MIC JOHOR mendesak kepimpinan negara agar MEMECAT Datuk Seri Nazri Aziz daripada jawatan Menteri yang sedang disandangnya.
Lagipun, ia bersesuaian dengan KEGAGALAN Kementerian Pelancongan dalam program Tahun Melawat Malaysia tahun lepas apabila ia hanya mampu mencatat kemasukan pelancong sebanyak 27.4 juta pelancong walhal sasarannya adalah sebanyak 28 juta pelancong. 
Ini pun sudah jelas membuktikan bahawa beliau gagal menguruskan kementeriannya dengan baik. Negara kita memerlukan pemimpin yang bijak serta mampu mengurustadbir dengan baik dan bukannya hanya tahu bercakap seperti nyaringnya ‘TIN KOSONG’.
Sebagai ANAK JATI JOHOR, PEMUDA MIC juga mahu Datuk Seri Nazri Aziz menarik balik kenyataan biadapnya itu dan membuat PERMOHONAN MAAF SECARA TERBUKA kepada TUNKU MAHKOTA JOHOR dengan kadar SEGERA ! Janganlah kerana sikap biadap anda membuatkan imej Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terus TERCALAR.
Akhir sekali, PERGERAKAN PEMUDA MIC JOHOR berikrar akan sentiasa BERDIRI TEGUH di belakang INSTITUSI DIRAJA JOHOR dan tidak akan membenarkannya dihina dan dicaci seperti apa yang dilakukan oleh Datuk Seri Nazri Aziz pada hari ini. 
Kami semua adalah ANAK JOHOR dan ingatlah bahawa hanya JOHOR YANG MENGENALI JOHOR.
S.DEVA
KETUA PEMUDA MIC Johor
14 JUN 2015

0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.