#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

19 April 2015

BANJIR KELANTAN: Bas Henti-henti Dabong – Kuala Krai Mulakan Operasi - SPAD


Bencana banjir besar yang melanda Semenanjung Malaysia penghujung tahun lalu merupakan banjir paling dahsyat pernah dialami oleh negara dengan jumlah kerugian dianggarkan mencecah berbilion ringgit. 

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengalami kerugian paling besar (KLIKSINI) akibat kerosakan teruk pada infrastruktur mereka akibat banjir. Hampir semua laluan pantai timur terpaksa ditutup untuk tujuan pemulihan semula. 


ANTARA laluan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang dilanda
banjir di kawasan pantai timur baru-baru ini.
Apa tidaknya, stesen kereta api yang terjejas akibat banjir ada 10 buah kesemuanya, dan ada di antaranya yang turut roboh akibat arus air banjir yang sangat kuat. Banjir yang berarus kuat juga telah memusnahkan beberapa batang jambatan di jajaran Gua Musang-Dabong. 


Sebelum ini, penduduk setempat menjadikan perkhidmatan rel KTMB sebagai mod pengangkutan awam mereka yang utama.

Namun begitu, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mengambil jalan penyelesaian jangka pendek dengan mengadakan perkhidmatan bas henti-henti sementara perkhidmatan rel sedang dipulihkan 


Perkhidmatan bas henti-henti melalui Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan (‘SKMK’) yang menggunakan jenama ‘CityLiner’ telah memulakan operasinya bagi membantu menghubungkan orang awam, termasuk pelajar sekolah sekitar Dabong, Kemubu dan Kuala Krai. Kini penduduk setempat boleh menggunakan perkhidmatan bas awam yang sedia ada bermula sejak 13 April, 2015 lalu.

Menurut SPAD melalui kenyataan medianya, Cityliner menyediakan 3 perjalanan sehari, daripada Dabong ke Kuala Krai dan 3 lagi perjalanan dari Kuala Krai ke Dabong. CityLiner juga telah melanjutkan perkhidmatan laluan Jeli ke Kuala Balah sehingga ke Jelawang dan Dabong, pada 14 April lalu.


Baru-baru ini juga, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (‘SPAD’) telah mengadakan lawatan tapak bagi meninjau operasi bas tersebut di Dabong. SPAD juga mendapatkan maklumbalas daripada penduduk setempat mengenai keperluan pengangkutan awam di kawasan tersebut dan mengenai perkhidmatan pengangkutan awam yang boleh ditambahbaik.
.

0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.