#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

15 April 2015

FELDA seluruh negara sokong Perdana Menteri tanpa berbelah-bahagi.


TAN SRI MOHD. ISA ABDUL SAMAD (tiga dari kanan) menerima memorandum
tanda sokongan masyarakat Felda terhadap kepemimpinan Najib daripada
Datuk Dr.Shamsul Anwar Sulaiman (dua dari kiri) yang juga mewakili
generasi baharu Felda selepas perjumpaan khas dengan pemimpin peneroka
di Felda Keratong Tiga, Rompin, Pahang, kelmarin.
Majlis penyerahan me­morandum tanda sokongan ma­­­syarakat FELDA terhadap ke­­pemimpinan Najib juga telah dilangsungkan dan di sampaikan oleh Shamsul Anwar kepada Mohd. Isa sebagai Pengerusi FELDA baru-baru ini.

Setelah mendapat pen­jelasan yang mendalam, ma­syarakat FELDA faham dan akan terus menyatakan taat setia serta sokongan berterusan terhadap kepemimpin­an Perdana Menteri.

Kepemimpinan 11 buah wilayah tanah ran­ca­ngan FELDA di seluruh negara me­nya­takan sokongan padu yang tidak berbelah-bahagi terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ini kerana masyarakat FELDA begitu yakin dibawah kepimpinan Datuk Seri Najib.FELDA pasti akan terus membangun dengan jayanya.

Bukan hanya itu, Datuk Seri Najib juga dilihat telah menguruskan negara dalam landasan betul biarpun timbul beberapa masalah dan percaya apa yang berlaku akan dapat diselesaikan dengan baik oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Menurut Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, pihaknya tidak melihat sebarang masalah dalam kepemimpinan Na­jib dan berpuas hati dengan apa yang dilakukan kerajaan dalam membangunkan Felda.

“Kami sentiasa mengenang ja­­sa Perdana Menteri terhadap masyarakat FELDA sejak beliau mula mengetuainya pada 2004.

“Saya melihat teguran dan kritikan yang dibuat terhadap Per­dana Menteri adalah hak ma­sing-masing. Tidak ada masalah dan kita (FELDA) akan jelaskan segala isu yang timbul dan saya sendiri sudah pun menjelaskan kepada masyarakat FELDA mengenai isu seperti cukai barang dan per­khidmatan (GST), 1Malaysia Deve­lopment Berhad (1MDB) dan kes Altantuya Shaariibuu,” jelas Tan Sri Abdul Samad Isa.

Selain ketua peneroka di 11 wi­layah tanah rancangan, so­kongan itu juga dizahirkan oleh Maj­lis Belia Felda Malaysia (MBFM), Gerakan Persatuan Wanita (GPW) Felda dan Gabungan Pemikir Profesional Felda (Gapr
of).

3 comments :

  1. SYOK SENDIRI NAMPAK........

    ReplyDelete
  2. BAPAK BUDAK PENANG2 December 2015 at 10:36

    Alhamdulillah.. jadilah mereka2 yg mensyukuri nikamt Tuhan dengan banyak2 berterima kasih kepada manusia2 yang menabur jasa..

    jangan dengki ye BUDAK SELAYANG..

    baik kau tanya Tony phuaka atau azmin bila nk settel drama menghalau org melayu dr KL dan juga penyelwengan mulit billion DIEG.. proksi DAP selamanya?

    ReplyDelete
  3. dapig tgh yam seng utk halau org melayu secara besar2n.. projek tambak laut haram di Bagan.. habis org Melayu bkn stkt di halau di pulau..di tanah besar pun.. org melayu plak berpecah.. seronok ditipu pakatan rosak.. dn bekas pm tun mamaaakk.. adoiii..!

    ReplyDelete

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.