Malah maklum balas dari kebanyakkan pengundi yang ditemui juga mendapati, majoritinya memang mahukan Datuk Hasan Arifin diangkat calon bertanding dan dipilih sebagai peganti bagi mengisi kekosongan kerusi Ahli Parlimen Rompin setelah kematian penyandangnya Tan Sri Jamaluddin Jarjis (1990 - 2015).akibat kemalangan helikopter di Semenyih pada 4 April, lalu.
Kenapa pilih Datuk Hasan Arifin dan BN?
Datuk Hasan merupakan seorang tokoh yang telah melalui pelbagai peringkat jawatan dalam UMNO, dan antara tanggungjawab dan jawatan tertinggi sebelum ini yang pernah disandang beliau di negeri Pahang ialah sebagai Timbalan Menteri.
Tidak timbul soal BN untuk tidak mahu memilih yang lain atau tidak ada calon yang lebih muda ataupun menolak calon baru untuk ditampilkan BN di PRK Rompin sepertimana tuduhan yang dilemparkan pihak PAS, baru-baru ini...
Namun pengalaman dan ketokohan yang ada pada Datuk Hasan disamping keperibadiannya yang senang memahami jiwa anak muda... Datuk Hasan juga dikatakan pilihan yang terbaik sebagai pengganti untuk meneruskan legasi kepimpinan cemerlang yang ditinggalkan oleh Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis (Tan Sri JJ) yang juga bekas Ahli Parlimen Rompin sebelum ini.
Datuk Hasan antara individu yang paling dipercayai oleh Allahyarham TanSri JJ.Sepanjang Allahyarham menjadi Duta Besar di Amerika Syarikat, segala kerja parti Allahyarham dilaksanakan sepenuhnya oleh Datuk Hassan dan semua ahli-ahli UMNO serta komponen BN dengan cemerlang.
Legasi kepimpinan yang ditinggalkan oleh Allahyarham Tan Sri JJ di kawasan Rompin ini sangat besar dan sungguh baik serta cemerlang sepanjang perkhidmatannya sebagai wakil rakyat di kawasan ini.
Maka sudah sebaiknya orang Rompin memberi undi kepada BN dan calonnya pada PRK Rompin 5 Mei ini memberi kepercayaan terhadap Datuk Hasan dalam meneruskan kepimpinan terdahulu dan juga untuk menghargai sumbangan yang telah dicurahkan oleh Arwah Tan Sri JJ sebelum ini.
Untuk apa dilupakan segala usaha yang telah banyak dilakukan oleh Allahyarham Tan Sri JJ bersama BN Rompin dengan bantuan Datuk Hasan serta ahli jawatankuasanya selama hampir 6 penggal antaranya;
- Meningkatkan taraf sosio ekonomi kaum Orang Asli di Parlimen Rompin.
- Membangunkan Bandar Muadzam Shah sebagai bandar satelit dan hub pendidikan dan komersial di tenggara Pahang hingga beliau digelar Bapa Pembangunan Muadzam Shah.
- Membuka kampus UNITEN di Muadzam Shah
- Membuka Sekolah Teknik, MRSM, Politeknik, Sekolah Agama Integrasi di Muadzam Shah Berasrama untuk anak-anak Felda dan Rompin
- Pembinaan Tokong Cina untuk masyarakat Cina di Rompin bernilai RM260,000.00
- Membina hubungan erat Malaysia -US sepanjang 4 tahun menjadi TYT Duta Besar Malaysia di Washington
- Memberi sumbangan yang besar kepada pembangunan Pulau Nias di Sumatera, Indonesia termasuk zakat bagi pembangunan sekolah-sekolah agama di sana
- Membangunkan program Angkasawan Pertama Malaysia semasa menjadi Menteri MOSTI
- Membangunkan rumah mampu milik untuk rakyat Malaysia melalui Skim Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) semaa menjadi CEO PR1MA
- Membangunkan sektor pelancongan di Rompin termasuk menaik taraf jeti Tanjung Gemuk untuk ke Tioman
- Membina jalan raya merentasi bukit bukau di Tekek ke kampung Juara di Pulau Tioman yang memudahkan perhubungan penduduk
- Membina sekolah menengah di Pulau Tioman sekaligus dapat meningkat taraf pendidikan belia dan mengurangkan keciciran pelajar luar bandar.
- Bersama-sama dengan agensi FELDA membangunkan prasarana di perkampungan FELDA dan kampung-kampung tradisi Melayu dan orang asli berhampiran FELDA termasuklah perumahan generasi kedua FELDA dan perumahan pegawai di FELDA Keratong.
Bukan sekadar itu, malah banyak yang boleh diceritakan tentang jasa BN-UMNO di Rompin di bawah Allahyarham Tan Sri JJ, sebenarnya.
Pandanglah sebaiknya... Adakah itu semua bukan kebaikan dan jihad membangunkan umat seperti mana ditohmahkan puak-puak jumud PAS?
Apakah itu semua duniawi dan rasuah pembangunan yang melekakan rakyat seperti mana yang difitnahkan oleh puak-puak jumud PAS sepanjang kempen mereka di Rompin pada hari ini?
Baiknya, tak perlulah PAS dan jenteranya berkempen di Rompin kerana ia hanya akan menjadi penyebab dan punca perpecahan umat.
Ingat menabur fitnah, memaki hamun, memutar belit ayat-ayat suci untuk membela manusia songsang dan memecah belahkan umat itu haram dan berdosa besar hukumnya.
Insaflah wahai rakan-rakan PAS. Marilah bersama-sama BN-UMNO kita makmurkan lagi bumi Rompin agar anak cucu kita lebih selesa di sini.
Syukur pada nikmat Allah dan kenanglah segala jasa manusia yang membantu kita sebelum ini.
Tetapi apa yang boleh UMNO-BN nak katakan lagi... Bila PAS tetap dengan pendirian akan bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) kerusi Parlimen Rompin pada 5 Mei, menolak saranan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob yang menggesa parti Islam itu memberikan laluan agar Umno dan Barisan Nasional (BN) menang di kerusi itu.
Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tindakkan UMNO-BN memberi laluan percuma kepada PAS di PRK Chempaka sebelum ini bukanlah menandakan Umno sudah mengganggap PAS sebagai sahabat.
Terpulang... Renung-renungkanlah wahai pengundi-pengundi PAS di Rompin.
0 comments:
Post a Comment