#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

23 April 2015

#PRKRompin - Elakkan perpecahan, bersemangat serta sedia bertempur untuk menang - @HishammuddinH20


Pemimpin Umno khususnya jentera parti diingatkan agar pastikan parti terus teguh dan elakkan perpecahan, bersemangat serta sentiasa bersedia bagi menjanjikan kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil Rompin, pada 5 Mei akan datang.
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengingatkan, kemenangan BN di PRK Rompin ini amat penting bagi membersihkan maruah parti yang terjejas akibat dikritik segelintir pihak sejak akhir-akhir ini.

“Ianya tidak kira Naib Presiden, Ahli Majlis Tertinggi dan Pengerusi Badan Perhubungan atau Menteri Besar mesti pikul tanggungjawab masing-masing agar memastikan parti tidak berpecah,” tegas Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien selaku Penyelaras Operasi Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin.

"Kita dilempar dengan pelbagai tohmahan. Ada pihak memperlekehkan parti dan cuba untuk menidakkan kejayaan kita," katanya.

“Kita boleh jadikan Rompin sebagai contoh selain pemangkin bagi calon BN di Permatang Pauh, semua jentera mesti bersemangat dan bersedia untuk bertempur dan ini boleh menjanjikan kemenangan kepada BN seterusnya kita akan bawa kemenangan ini ke Permatang Pauh,” kata beliau yang juga sebagai Naib Presiden UMNO.

Jelas DS Hishammuddin, walaupun Umno diuji dengan pelbagai tohmahan, setiap pemimpin dan ahli parti itu harus berusaha untuk terus membuktikan kepada dunia bahawa Umno akan mempertahankan kejayaan di Rompin.

"Saya anggap ini (PRK) sebagai satu ujian kerana saya rapat dengan JJ (Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis)... Jadi saya berharap calon kita, Datuk Hasan Ariffin akan menang dengan majoriti lebih besar," katanya.

Dalam pada itu, untuk membantu BN untuk meraih undi lebih 33,000 pengundi... DS Hishammuddin mengerahkan jentera Puteri UMNO menjadi tulang belakang. 

Seramai 1,997 pengundi muda yang akan mengundi buat pertama kali akan dikenalpasti oleh jentera Puteri UMNO Pahang sebagai pendekatan utama bagi memastikan kemenangan terus menjadi milik BN dalam PRK Parlimen Rompin itu nanti, kata DS Hishammudin Tun Hussein ketika berucap di hadapan kira-kira 500 ahli Puteri dalam pelancaran jentera pergerakan Puteri UMNO di Rompin, semalam.

0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.