Kadangkala sedih melihat sikap Anwar yang tidak pernah sedar akan perlakuannya. Malah di kala itu jugalah, beliau masih lagi kemaruk mahukan kuasa politik dan Negara.
Hari ini Anwar mendakwa beliau telah cuba dibunuh apabila brek kereta Mewah beliau, Mercedes Benz tidak berfungsi dengan baik.
Esok lusa? Apa pula cerita yang cuba direka oleh Ketua Pembangkang ini? UMNO tetap menjadi sasaran.
Waimah siapa jua yang membongkar malah dari kalangan sahabat karib beliau sendiri seperti Datuk Eskay, UMNO juga menjadi sasaran Anwar.
UMNO dan Datuk Seri Najib. Mungkin inilah musuh tegar beliau. Kerana Anwar khuatir. Najib ada banyak rahsia mengenai beliau sebenarnya. Namun, Perdana Menteri tidak punya masa, malah tidak perlulah dibuang semata2 untuk menjatuhkan karier beliau.
Biarlah di kalangan teman2 rapat Anwar sendiri yang lambat laun akan tahu sendiri, siapa itu Musang Berbulu Ayam.
Sudahlah Anwar. Jangan lagi hendak menipu rakyat...
Sebabnya orang ramai sudah tidak percaya kepada Anwar dan Wan Azizah. Anwar dan Wan Azizah sudah banyak kali melakukan drama sebegini. Semasa zaman reformasi I, Anwar menuduh kerajaan mahu membunuhnya dengan menyuntik kuman AIDS dan keracunan Arsenik terhadapnya.
Di mana buktinya???
Ucapan Kawan:
Selamat menyambut ulang tahun kelahiran UMNO ke-65, hari ini... Teruskan perjuangan.. Kuburkan Pembangkang!!!
0 comments:
Post a Comment