#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

25 May 2011

Perangcangan kotor Anwar di lapor ke Polis hari ini...


SEREMBAN: 25 Mei –   Pemuda UMNO Seremban telah membuat laporan polis terhadap ketua AMK, Shamsul Iskandar terhadap kenyataan  beliau di dalam satu ceramah di Batu 3 Kampung Gedung Lalang Lama pada 22 Mei, lalu.

Kenyataan Shamsul yang bersifat menghasut dan membakar  semangat rakyat agar bangun untuk menentang dan mengulingkan kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak  dan khususnya kepimpinan Menteri Besar Negeri Sembilan Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan.

Shamsul telah menyeru agar rakyat bangun dan membuat demonstrasi jalanan sekiranya mereka gagal untuk menawan kerajaan  pada pilihanraya Umum yang ke 13 nanti. Beliau meminta rakyat bangkit dan bergaduh dengan orang-orang UMNO dan melakukan keganasan di jalanan.

Menurut Shamsul dalam ceramah berkenaan,  beliau tahu bagaimana mahu menjatuhkan kerajaan ala Mesir setelah bertemu reformis Mesir di Indonesia  baru baru ini.

Beliau mengajak rakyat  mengulingkan kerajaan melalui kaedah keganasan di jalan raya.
Laporan polis telah di buat oleh saudara Mohd Arafat Bin Muhammad, merangkap Setiausaha Sulit kepada Ketua Pergerakkan Pemuda UMNO Seremban.

Menurut  laporan ini dibuat untuk menyeru Kementerian dalam negeri  (KDN) untuk mengambil tindakan kerana apa yang dilakukan oleh Shamsul dan Badrul ini boleh menghuru hara dan merosakkan kestabilan dan keharmonian negara.

Beliau juga telah menyerahkan rakaman dan bukti aduan kepada pihak  berkuasa. Beliau yang di iringi oleh beberapa orang Pemuda UMNO Seremban telah membuat laporan di IPD Seremban 2.

Turut hadir Shahrul Ekhsan, Ketua Pergerakkan Pemuda UMNO Seremban dan barisan ahli jawatan kuasa.


Sumber : N9kini.com

Klik tajuk di bawah untuk cerita berkaitan :

Terbukti Anwar rancang rusuhan di Malaysia... Saksi video disini...

 

0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.