#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

4 January 2011

Hadi TEMU Nik Aziz hari ini Pasal UG


Kami mendoakan agar perpaduan orang Melayu Islam akan menjadi nyata. Kalaupun tidak berlaku dengan penggabungan antara parti tetapi kita sudah patut bersyukur jika tiada lagi tuduhan ahli UMNO fasik dan tak boleh jadi imam solat. Tiada lagi penghinaan kepada pemimpin Melayu Islam seperti berlaku sekarang. Tiada lagi tuduhan yang menyatakan UMNO menolak Islam. Begitu juga dengan penghinaan kepada pemimpin Pas dan perjuangan mereka. Apa yang berlaku selama ini dikedua-dua belah pihak hanya mainan politik dan bukan kebenaran yang sebenar. Bersatulah Melayu Islam.

KUALA LUMPUR 4 Jan, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan setiausaha agungnya Datuk Mustafa Ali akan mengadakan pertemuan dengan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini berhubung isu perbincangan kerjasama kerajaan perpaduan atau yang lebih dikenali sebagai “UG” dengan pemimpin-pemimpin Umno akhir bulan lalu.

Pertemuan itu dikatakan telah diusahakan oleh bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Pertemuan enam mata hari ini dipanggil ekoran siri pertanyan dan kemusykilan ekoran laporan bahawa pertemuan sulit telah diadakan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 24 Disember lalu di Istana Terengganu di sini.

Difahamkan Hadi dan timbalannya Nasharudin Mat Isa juga hadir sama pada pertemuan tersebut yang memfokus perundingan menyentuh soal kerajaan perpaduan sempena majlis santapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin Hadi dan Nasharudin dikatakan sebagai pihak utama kumpulan pro-Umno dalam parti Islam berusia enam dekad itu.

“Mereka (Nik Aziz Hadi dan Mustafa) akan menangani kontroversi yang sudah tercetus ekoran pertemuan dan perundingan ke arah kerjasama kerajaan perpaduan sebelum Tuan Guru Nik Aziz secara rasmi memberikan penjelasan bagi pihak parti” kata seorang pemimimpin parti itu

Difahamkan ibu pejabat PAS akan mengeluarkan kenyataan rasmi hari ini ataupun esok.

Semalam Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan mengakui pertemuan seumpama itu diadakan di ibu negara.

0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.