#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

3 January 2011

Sembah Derhaka II: KERAJAAN SELANGOR NAK PINDA UNDANG-UNDANG TUBUH NEGERI....


SELEPAS berlaku di Perak, tragedi ‘Sembah Derhaka’ berlaku pula di Selangor. Di negeri Perak keputusan Sultan dibantah kerana melantik Menteri Besar baru dari Barisan Nasional (BN) setelah Pakatan Rakyat (PR) tidak lagi berada pada kedudukan majoriti di Dewan Undangan Negeri setelah tiga ADUN mereka keluar parti. Manakala di Selangor kerana keputusan atau persetujuan Sultan melantik Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang tidak dipersetujui kerajaan pakatan negeri itu dengan alasan mereka tidak dirujuk.

Dari segi isu politik, masalah di Selangor jauh lebih kecil berbanding apa yang berlaku di Perak. Tapi heboh dan bantahannya sama. Keputusan persetujuan Sultan dibantah.

Bantahan pakatan rakyat Selangor itu membawa kepada tindakan Menteri Besar, Khalid Ibrahim menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini – Isnin, bagi menyuarakan bantahan pelantikan Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai SUK mulai awal Januari.

Menurut Khalid, baginda mencadangkan supaya kerajaan negeri mengadakan perbincangan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk mencari penyelesaian terbaik. Sehubungan itu, katanya, beliau akan menulis surat kepada SPA bagi membincangkan calon yang layak.

Di masa yang sama Khalid juga memaklumkan bahawa Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor akan mengadakan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) tergempar bagi meminda Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor untuk kembalikan kuasa pelantikan tiga pegawai eksekutif termasuk Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri kepada Menteri Besar dan Sultan Selangor.

Maknanya, keputusan menghadap Sulatn oleh Khalid itu tidak membawa apa-apa kesan dan arahan Sultan supaya beliau berunding dengan SPA juga tidak akan ke mana. Keputusannya tetap sama kerana kuasa melantik SUK berada ditangan SPA dengan persetujuan Sultan.

Bagi meneruskan protes berbau politik itu, Khalid mengmbil keputusan untuk meminda Undang-Undang Tubuh Negeri bagi merampas kuasa yang nyata menjelaskan mereka tidak ada kuasa dalam urusan lantikan berkenaan.

‘Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan’ nampaknya cara Khalid Ibrahim menyelesaikan masalah yang tidak sepatutnya jadi masalah itu. Tindakan melepas geram agaknya.

“Sebelum penyelesaian muktamad dicapai, maka kerajaan negeri tidak mahu terlibat dengan sebarang majlis atau keraian dengan SUK.

“SUK juga tidak boleh hadir mesyuarat Exco atau hadir pada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri tetapi boleh melakukan kerja-kerja seperti menguruskan hal tanah dan sebagainya,” kata beliau pada sidang akhbar tergempar di Shah Alam, hari ini.

Ujar beliau, ini bermakna majlis angkat sumpah di hadapan Menteri Besar tidak akan diadakan.

Bila Khalid meneruskan bantahan atas pelantikan berkenaan, bermakna beliau telah membantah persetujuan Sultan. Dan bila membantah apa yang telah dipersetujui oleh Sultan maka Khalid Ibrahim telah melakukan ‘Sembah Derhaka’ sebagaimana Mohd. Nizar di Perak dahulu.

Khusrin tetap jalankan tugas, walaupun tidak disukai

Sementara itu, Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor yang baru, Datuk Mohammed Khusrin Munawi tetap akan menjalankan tugasnya seperti biasa walaupun pelantikannya tidak disukai oleh kerajaan PKR Selangor.

Sambil menyifatkan perkara itu sebagai cabaran besar sepanjang 24 tahun berkhidmat di Selangor, beliau menegaskan tidak mempunyai masalah dan ia juga tidak akan menjejaskan tugasnya sebagai penjawat awam.
''Saya maklum yang Menteri Besar (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) akan berbincang dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan selagi saya tidak diarah balik ke Kerajaan Persekutuan, saya akan jalankan tugas mengikut undang-undang dan peraturan yang ditetapkan. Saya juga telah memohon untuk mengangkat sumpah rahsia di hadapan Menteri Besar melalui surat pagi ini, tetapi masih belum ada jawapan,'' katanya kepada pemberita di sini petang ini.

Mohammed Khusrin menegaskan, beliau tidak pernah bersikap rasis dan tidak bermasalah untuk bekerjasama dengan Menteri Besar dan Exco-Exco lain.

Beliau juga tidak faham mengapa diserang dan ditohmah sejak mula menjadi Pengarah JAIS oleh beberapa pihak, sedangkan beliau menjalankan tugas mengikut undang-undang dan peraturan yang ditetapkan.

SATU MELAYU:
Hassan Ali
Tindakan biadap Khalid Ibrahim bersama partinya PKR menimbulkan tandatanya di hati rakyat. Kenapa Khalid seolah-olah takut sangat dengan Khusrin jadi SUK? Dia kakitangan kerajaan pusat, bukannya orang politik yang boleh mengganggu-gugat politik pakatan?

Mesti ada sesuatu yang ditakutkan sangat oleh mereka hinggakan sanggup menderhakai keputusan Sulatan. Lagipun cukup ke korum 2/3 untuk pinda Undang-undang Tubuh Negeri?

Hentam sajalah belalang.... Janji hati puas dan tugas yang diarahkan Anwar Ibrahim telah dilaksanakan. Arahan DAP pun telah Khalid tunaikan. Apa nak jadi.... belakang kira....

Xavier Jeyakumar
Menurut blog Medan-Info-Kita, rupa-rupanya Majlis Kerajaan Negeri Selangor [EXCO] telah memutuskan bahawa tiga finalist calon untuk jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor adalah Teng Chang Kim, Dr Xavier Jeyakumar dan Hassan Ali...

Sah.... Memang ‘gila babi’ punya usul...

Semuanya orang politik? Bukannya kakitangan kerajaan kumpulan PTD? Siapa yang main politik dalam hal ini? Kerajaan Pusat atau Kerajaan Negeri Selangor yang dikuasai pakatan rakyat? Patutlah mereka ‘meroyan gila’ membantah pelantikan berkenaan. Rupa-rupanya ada agenda tersembunyi yang gagal dilaksanakan....

Jahanam negara kalau puak-puak ‘gila babi’ ini diberikan kuasa mentadbir negara..aa

Teng Chang Kim
Apapun, agak menarik untuk diperhati dan dinantikan ialah apakah akan ada tunjuk perasaan rakyat membantah perlantikan itu sepertimana yang berlaku di negeri Perak ketika kerajaan pakatan di sana tumbang dulu? Dan kalau rakyat Selangor sendiri tidak mahu menderhaka sepertimana rakyat Perak ketika itu, apakah akan didatangkan rakyat dari negeri-negeri seperti Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang untuk melancarkan satu lagi tunjuk perasaan memprotes Sultan?

Sama-sama kita semua nantikan...


Sumber: http://sa-melayu.blogspot.com - SATU MELAYU

0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.