Hari ini, di dada akhbar, PAS menbuat kenyataan betapa perihatinnya mereka terhadap serangan Gereja yang berlaku di Mesir.
PAS juga berharap insiden itu bukan sabotaj yang bertujuan melaga-lagakan umat Islam dengan penganut Kristian.
Antaranya:
KUALA LUMPUR: 05 Jan – PAS hari ini mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas Gereja Coptic Orthodox di Iskandariah, Mesir beberapa hari lalu yang mengorbankan lebih 20 nyawa.
PAS menyifatkan perbuatan itu tidak bertamadun dan dikutuk oleh Islam.
“Islam melarang umatnya melakukan serangan ke atas mana-mana rumah ibadah walaupun di waktu tercetusnya peperangan. “Jadi letupan bom yang dilakukan ke atas gereja itu adalah sesuatu yang menyedihkan dan menyimpang daripada ajaran Islam yang sebenar,” kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan.
Malah, katanya sebilangan besar golongan Kristian juga telah lama bersama dengan komuniti antarabangsa dalam usaha membebaskan Palestin daripada penaklukan regim haram Israel, maka mereka sepatutnya diraikan dengan baik sebagaimana diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w.
Beliau berharap insiden itu bukan sabotaj yang bertujuan melaga-lagakan umat Islam dengan penganut Kristian. – BERNAMA
Mael Pengerang:
Terkilan dengan keputusan PAS menyokong pemimpin DAP melakukan perbuatan tak senonoh di dalam Masjid di negara ini... Itu adalah satu serangan juga...
Klik SINI
0 comments:
Post a Comment