Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim sebelum ini sering mengatakan dia yakin akan mampu mengekalkan penguasaan PKR di Kajang sekali gus memperoleh mandat yang besar dari pengundi. Namun di sebalik keyakinan tersebut ternyata Anwar sebenarnya gusar dan takut sekiranya pengundi Kajang mengambil keputusan untuk menolaknya.
Ini kerana Anwar sedar tindakannya parti itu yang meletakkan jawatan dengan sengaja telah mengundang kemarahan rakyat khususnya mereka yang mengundi parti itu. Tindakan itu bukan sahaja dilihat membazirkan wang pembayar cukai, tetapi yang paling penting parti itu dilihat telah mengkhianati amanah dan kepercayaan yang diberikan.
Maka atas sebab itu, Anwar terpaksa berkempen awal bagi memujuk semula hati pengundi yang seakan-akan telah mula bosan dengan drama dan sandiwara yang dipentaskan selama ini.
Menariknya, tindakan kempen awal yang dijalankan itu telah menyebabkan rakyat semakin marah dan meluat. Ia bukan sahaja ia meletihkan, kehadiran para jentera pakatan rakyat yang semakin memenuhi Kajang telah menjadikan pekan kecil itu semakin sesak dan merimaskan.
Mungkin disebabkan itu, program-program anjuran mereka semakin kurang mendapat sambutan masyarakat. Contohnya program ceramah perdana yang dianjurkan semalam hanya mampu menghimpun sekitar 200 orang sahaja. Tambah menarik, apabila Anwar hanya bercakap sekitar 25 minit sahaja semalam.
Pelik bukan! Mana hilangnya mereka yang menyokong pakatan rakyat sebelum ini? Sedangkan sebelum ini, ceramah Anwar kebiasaannya dihadiri oleh ribuan penonton.
Lihat sahaja kempen ceramah yang dilakukan sebelum pilihan raya umum ke-13 (PRU13) yang lalu. Hampir di setiap tempat yang dihadiri Anwar, akan menyaksikan kehadiran yang ramai sehingga ‘pecah panggung’.
Anwar yang berucap di Kompleks Penghulu Batu 10 Cheras, di Kajang semalam, mengatakan akan membawa masuk Tan Sri Muhammad Muhammad Taib ke dalam pentadbiran Selangor sekiranya dia menang di Kajang. Menurutnya bekas Menteri Besar Selangor itu mempunyai kepakaran dalam program desa yang amat diperlukan dalam pentadbiran Selangor.
Apa yang menghairankan ialah, semua pemimpin Umno sebelum ini dikecam hebat oleh pakatan rakyat. Namun apabila mereka menyokong pembangkang, semua kecaman tersebut akan bertukar menjadi kepakaran.
Kesimpulannya, Anwar semakin terdesak, kegagalannya untuk menang di Dun Kajang atau sekurang-kurangnya menambah bilangan majoriti undi akan menyebabkan dia mendapat malu yang besar. Ia sekali gus membuktikan rakyat semakin muak dan sedar akan penipuan demi penipuan yang sengaja dicipta untuk memburukkan kerajaan demi memenuhi nafsu politiknya.
Dalam PRU13, calon PKR mendapat 19,571 undi, berbanding calon BN, Lee Ban Seng yang mendapat 12,747 undi. Komposisi pengundi di Kajang membentuk 49% Melayu, 40% Cina, 10% India dan 0.91% lain-lain.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan tarikh PRK DUN Kajang pada 23 Mac dan hari penamaan calon jatuh pada 11 Mac.
ARTIKAL TERDAHULU : KLIKSINI
0 comments:
Post a Comment