#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

21 February 2014

#PRKKajang : Kenyataan ikrar dan janji calon BN. KLIK baca ni

Kenyataan Media Calon BN di Pilihanraya Kecil Kajang - 21 Februari 2014

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Barisan Nasional (BN) dan Pengerusi BN Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Najib Tun Razak, serta Presiden MCA YB Dato’ Sri Liow Tiong Lai kerana menaruh kepercayaan sepenuhnya kepada saya untuk mewakili BN sebagai calon pilihanraya kecil Kajang ini.

Saya sedar bahawa, piliharaya kecil kali ini merupakan satu cabaran yang amat besar kepada saya kerana saya terpaksa berdepan dengan seorang pemimipin yang dilabelkan oleh partinya sebagai “bertaraf dunia.”

Kita sedar bahawa piliharaya kecil ini yang diadakan secara sengaja oleh Parti Keadilan Rakyat bagi menyelesaikan masalah dalaman parti mereka dan untuk membolehkan YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Besar. Mereka telah mempersendakan dan memanipulasikan sistem demokrasi dalam tangan mereka sendiri.

Bagi menegakkan dan menghormati semangat demokrasi, dan mempertahankan prinsip demokrasi serta hak rakyat, maka saya rasa terpanggil untuk memikul amanah dan menggalas tanggungjawab di pilihanraya kecil Kajang ini. Kami tetap akan berdepan cabaran kali ini, supaya memberi peluang kepada rakyat untuk mempertahankan semangat demokrasi kita.

Kita tidak mahu melihat mana-mana pihak yang berniat untuk memanipulasikan prinsip demokrasi kita secara sewenang-wenangnya.

Seperti yang dilaung-laungkan oleh Pakatan Rakyat, perkembangan budaya politik yang lebih sihat dalam sistem dua-parti, pilihanraya kecil ini merupakan satu peluang bagi pengundi-pengundi Kajang untuk memilih seorang ADUN pembangkang MCA ke dalam Dewan Undangan Negeri, supaya parti pembangkang Selangor, iaitu BN, dapat menyatu-padukan kekuatan dan kita dapat mendengar suara segenap lapisan masyarakat di dalam Dewan Undangan Negeri.

Dengan itu, saya memohon restu dan sokongan daripada pengundi-pengundi Kajang supaya saya dapat dipilih sebagai ADUN Kajang, yang mana dapat memperkuatkan lagi parti pembangkang dalam peranan kami sebagai check and balance kepada Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Sekiranya ditakdirkan kemenangan, ini bukan anugerah kepada semata-matanya Chew Mei Fun sebagai seorang individu yang masuk ke Dewan Undangan Negeri, tetapi  melambangkan Dewan Undangan Negeri dapat menghala ke arah sistem dua-parti yang lebih sihat dan ke arah yang lebih bersesuaian dengan ciri-ciri kepelbagaian negara kita.

Saya dengan penuh rendah hati menyeru kepada semua pengundi Kajang supaya memberi satu peluang kepada saya dan BN, untuk berkhidmat dan bekerja untuk anda semua.

Berdasarakan rekod trek saya sebagai Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, saya berikrar akan terus menjadi seorang wakil rakyat yang mudah didampingi dan dihubungi oleh rakyat, yang benar-benar membantu rakyat. Ini adalah janji saya kepada pengundi-pengundi Kajang.

Jikalau saya menjadi calon pilihan pengundi Kajang, maka saya akan menggalas dan memikul tanggungjawab sendirilah kepada pengundi, dan bukannya pembantu atau setiausaha saya.

Saya menyeru kepada anda semua supaya memberi satu peluang kepada saya, untuk berkerja untuk anda.

Datin Paduka Chew Mei Fun
Naib President MCA

Calon Barisan Nasional untuk Pulihanraya Kecil Kajang


'UNDILAH BARISAN NASIONAL'


ARTIKAL BERKAITAN : KLIKSINI

0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.