#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

4 November 2013

#PRKSgLimau : Menang @ Kalah. KLIK!


Selepas 12 hari tempoh berkempen tamat pukul 12 tengah malam tadi, 27,222 pengundi berdaftar mula menunaikan tanggungjawab masing-masing sebagai pengundi dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau.

Kesemua 17 pusat mengundi mula dibuka tempat pukul 8 pagi ini.

Tempoh pembuangan undi akan berakhir tepat pukul 5 petang dan kemudiannya proses pengiraan undi dijangka bermula 6 petang.

PRK DUN Sungai Limau menyaksikan saingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Dr Ahmad Sohaimi Lazim menentang wakil PAS, Mohd Azam Abdul Samat.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan peratusan keluar mengundi pada PRK ini ialah sebanyak 90 peratus berbanding 89 peratus pada PRU-13.

SPR juga menjangkakan keputusan pilihan raya kecil itu dapat diketahui selewat-lewatnya pukul 10 malam ini.

Kerusi DUN Sungai Limau yang terletak di bawah Parlimen Jerai diisytihar kosong susulan kematian penyandangnya, Tan Sri Azizan Abdul Razak yang juga bekas Menteri Besar Kedah, akibat komplikasi jantung serta jangkitan kencing manis.

Azizan memegang kerusi itu selama lima penggal sejak 1995.

Beliau mengekalkan kerusi itu pada pilihan raya umum ke-13 Mei lepas dengan memperoleh 13,294 undi menewaskan sepupunya daripada BN, Mohd Fazillah Mohd Ali dengan majoriti 2,774 undi.

MP: Semoga BN diberikan perlindungan & kemenangan 
oleh Nya... Amin.
Reaksi:

0 ulasan:

Catat Ulasan

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.