Seperti biasa DAP menggunakan mahkamah sebagai senjata untuk menekan media.
Ternyata parti itu tidak menghormati hak dan kebebasan media melaporkan sesuatu atas kepentingan awam. Kerana tidak yakin atau mungkin gagal dalam menggunakan pendekatan memberi penjelasan dalam isu-isu kritikal, DAP memilih saman media sebagai jalan keluar.
Lalu mahkamah negara ini diheret kepada saman fitnah remeh, yang kalau di negara lain, tidak dilayan sama sekali oleh mahkamah.
MP juga lihat isu ini lebih kepada budaya pemimpin tertentu DAP yang tidak boleh ditegur.
Bukan sahaja ke atas media, kalau ahli parti menegur mereka, juga menjadi mangsa.
Apa pun, menarik nanti jika kes saman berkaitan isu CEC dibawa ke mahkamah. Ramai pemimpin DAP boleh disapina. Ia akan menjadi analisis terbuka tentang kemelut pemilihan yang tidak berkesudahan.
Aneh, tindakan saman diambil sedangkan CEC itu sendiri belum sah dan diiktiraf oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) ekoran aduan serius ahli-ahli.
Setakat ini, pada MP, mereka yang menang CEC masih berstatus penyandang hantu. Anehnya lagi, dua kali pemilihan CEC, kedua-duanya bermasalah besar.
Selama ini, DAP berdegar-degar tohmah pihak lain tidak cekap dan tidak bersih. Hakikatnya parti itu sendiri kelihatan kotor dan tidak tahu mengurus pemilihan.
Bagai ayam berkokok berderai-derai, ekor bergelumang najis.
ARTIKAL BERKAITAN KLIK DI SINI

0 comments:
Post a Comment