#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

18 November 2013

DUN JOHOR: Ucapan Penggulungan YAB. MB dalam sesi perbahasan Bajet Negeri 2014.


DEWAN UNDANGAN NEGERI JOHOR
UCAPAN PENGGULUNGAN

Oleh:

Y.A.B. MENTERI BESAR JOHOR

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam sejahtera dan Salam Muafakat Johor.

Mukaddimah

Yang Berhormat Datuk Speaker,

1. Seafdhalnya, saya mendahului sesi penggulungan dewan pada pagi ini dengan kalimah suci Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah pada pagi di dalam dewan yang mulia, kita sekali lagi diberikan kekuatan, kesihatan dan keinginan tinggi untuk bersama-sama membawa perubahan serta pembaharuan berterusan bagi negeri Johor agar hasilnya nanti dapat dimanfaatkan oleh anak-anak bangsa di masa hadapan. Justeru saya ingin mengambil peluang pada kesempatan ini untuk mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat kerana telah turut serta mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Bajet Negeri 2014. Sesunguhnya sesi rundingan perbahasan ini mempunyai nilainya yang tersendiri kerana kita tidak dipilih untuk berbahas semata-mata tetapi kita memilih untuk bermuafakat lagi menjunjung amalan demokrasi negara yang dipegang sejak lebih lima dekad.

2. Sememangnya banyak perkara yang telah dikemukakan semasa sesi perbahasan ini sama ada yang berbentuk soalan-soalan, cadangan, sokongan, malah tidak kurang juga ada respon yang berbentuk teguran. Walau apa pun rupa dan ragam respon yang diberikan, Kerajaan Negeri akan sentiasa berlapang dada untuk menilai setiap soalan dan memberi perhatian akan segala cadangan yang sesuai, demi memastikan Pembangunan dan Pengagihan ekonomi yang saksama lagi berimbang mencapai matlamatnya serta boleh dimaterialisasikan. InsyaAllah. Inilah dia berkat muafakat di mana setiap di antara kita pada hari ini sanggup berkompromi dan berlebih kurang tanpa mengira sebarang perbezaan, hanya semata-mata menuntut sebuah negeri yang jauh lebih maju, lebih progresif dan lebih berdaya saing.

3. Suka saya nyatakan disini bahawa sesi persidangan perbahasan bajet kali ini agak istimewa berbanding yang lepas-lepas. Keistimewaan yang ada sudah semestinya bukan merujuk pada jumlah bertambahnya keahlian anggota pihak pembangkang tetapi merujuk pada bertambahnya nilai pelaburan negeri Johor. Sebagaimana yang telah saya sebutkan dalam ucapan bajet negeri, buat pertama kalinya nilai pelaburan Johor sehingga Ogos 2013 mencatatkan penerimaan pelaburan industri tertinggi negara iaitu RM8.8 bilion. Jumlah ini sebenarnya jauh meninggalkan jumlah pelaburan negeri seperti Sarawak, Selangor dan Pulau Pinang yang masing-masing mencatatkan sejumlah RM5.6 bilion, RM3.49 bilion dan RM1 bilion. Penunjuk ekonomi yang telah dikeluarkan oleh MIDA ini, jelas memaparkan bahawasanya pelaburan domestik dan luar mempunyai keyakinan tinggi terhadap keutuhan ekonomi negeri, malah mereka menaruh harapan yang besar untuk melihat penjanaan kekuatan ekonomi yang berterusan dan dipertingkatkan lagi.

4. Saya percaya semua ini terhasil kerana Johor bukan sahaja menawarkan pakej-pakej rangsangan pelaburan yang menarik malah lebih dari itu Johor talah mengenal pasti sumber kekuatannya baik dari segi kedudukan yang strategik di laluan perdagangan, kepelbagaian sumber ekonomi, tenaga manusia terlatih, prasarana lengkap dan keseimbangan pembangunan wilayah-wilayah Iskandar.

5. Maka atas sebab itulah, dengan adanya empat strategi Muafakat Pembangunan dan Pengagihan dalam Bajet Negeri iaitu Mencorak Ekonomi Mampan, Meningkatkan Kesejahteraan Rakyat, Memperkasa dan Merakyatkan Kerajaan dan Melahirkan Modal Insan Berketerampilan akan berupaya meneruskan kesinambungan rekod kecemerlangan dan memacu ekonomi negeri ke satu tahap yang lebih tinggi bagi mengharungi cabaran dan ketidaktentuan ekonomi global pada masa kini.

IKUTI UCAPAN SELANJUTNYA KLIK DIBAWAH:

1 comments :

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.