#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

30 November 2013

LANTIKAN MT UMNO: Ustaz Kazim dicela 'anjing' dan 'barua'. KLIK baca ni!

Ustaz Kazim Elias

Pendakwah popular, Mohammad Kazim Elias sudah menjangkakan pelbagai reaksi yang bakal diterima sebaik pengumuman lantikannya sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno dibuat, semalam.

Bagaimanapun beliau kesal, apabila rata-rata komen yang diterima terutama yang dilakukan menerusi media sosial termasuk Facebook bersifat cacian dan cemuhan.

Menurutnya, keadaan itu disifatkan tidak adil sedangkan keputusan sama ada mahu menerima atau menolak perlantikan itu belumpun diputuskan.

“Saya memang sudah jangka akan ada penerimaan dan reaksi negatif seperti ini, tetapi mereka terlalu cepat (menghentam) tanpa mendengar penjelasan, sepatutnya (komen) lebih berhemah.

“Alangkah baik jika semua pihak memandang kebaikan, sekiranya perdana menteri minta tolong untuk martabatkan Islam, apa salahnya saya bantu, mana-mana pihak yang minta nasihat juga akan saya bantu,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penutupan Program Kem Tahsin yang dirasmikan Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim di Pusat Pendidikan Al-Barakah, di sini, hari ini.

Mohammad Kazim atau dikenali Ustaz Kazim adalah antara sembilan individu yang dilantik sebagai ahli MT baru yang diumumkan Setiausaha Agung, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, semalam.

Ustaz Kazim yang juga Pengerusi Pusat Pendidikan Al-Barakah mengakui, komen negatif yang diterima sedikit sebanyak mengganggu emosi ahli keluarganya yang lain.

Katanya, gelaran seperti anjing dan macai yang dilempar agak keterlaluan hingga ada ketikanya membuatkan anaknya sendiri menangis membaca komen sebegitu.

“Saya penat, orang kutuk macam-macam, anak saya sendiri menangis apabila bapanya dipanggil anjing dan barua.

Ini membuatkan saya sedih. Orang luar hanya tahu memboikot, tetapi sekupang pun mereka tidak datang untuk melihat tempat kita (Pusat Pendidikan Al-Barakah),'' katanya.

ARTIKAL TERDAHULU: KLIK SINI

1 comments :

  1. UKE JANGAN DENGAR SEGALA CACI MAKI MANUSIA YANG TAK BERAKAL. JIKA MEREKA MENGAKU SEBAGAI MUSLIM BUKAN BEGINI CARANYA. ORANG MUSLIM MEMPUNYAI PEKERTI YANG TERPUJI.
    ADA SEBAB DIATAS PERLANTIKAN INI. INI SEMUA KERJA DAN ATURAN TUHAN. KITA MANUSIA TAK TAU. MUNGKIN USTAZ LEBIH MAKLUM DAN ARIF DARI KITA ORANG NI.
    APA SANGATLAH DENGAN CACI MAKI DIORANG SEMUA. MEMANG TELAH DIKETAHUI SEJAK DARI DULU2...PUAK2 INI MEMANG BELAJAR AGAMA TINGGI.. KELUAR SEKOLAH PONDOK. TAPI MASYAALLAH...MULUT MEREKA BEGITU BURUK. BILA MULUT TAK DIJAGA...HATI PUN SUDAH TENTU HITAM KELAM. ITULAH YANG MENJADI IKUTAN DAN TAULADAN KEPADA GENERASI KINI.
    UKE KITA SERAHKAN PADA TUHAN SEGALA HINAAN DAN CACI MAKI MEREKA INI...SEMOGA ALLAH MEMBERI HIDAYAH KEPADA MEREKA2 INI.

    ReplyDelete

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.