#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

28 November 2013

MUZAKARAH PAS-UMNO: Pas harus benar-benar ikhlas. KLIK baca ni!


Tahaluf siyasi PAS-UMNO wajib dilakukan bertujuan untuk penyatuan selain memberi kebaikan kepada umat Islam. 

Dalam keadaan sebenar, tentu sekali orang Islam mengharapkan gabungan atau perkongsian kuasa itu lebih menguntungkan orang Islam. 

Perkembangan terkini ini menyebabkan media massa teruja dan orang Melayu khususnya merasa gembira kerana kemungkinan besar sesuatu yang menguntungkan dari segi perpaduan umat Islam di negara ini akan terhasil.

Hadi ketika menyampaikan ucapan penangguhan Muktamar parti sebelum ini berkata, Pas sedia bermuzakarah dengan UMNO dalam usaha pelaksanaan pentadbiran berasaskan ajaran Islam di negara ini. 

Menurut Hadi kesediaan Pas itu dizahirkan daripada kepakaran pemimpin parti tersebut yang menguasai pelbagai bidang profesional seperti undang-undang, ekonomi dan penguatkuasaan.

"(Marilah) Kita bersatu atas Islam, satu bahtera, kiblat kita satu, tidak banyak kiblat kita, kiblat kita kiblat Islam dalam masyarakat majmuk," katanya.

Manakala Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kelmarin, UMNO bersikap terbuka berhubung hasrat Pas bermuzakarah dengan parti itu mengenai isu-isu berkaitan umat Islam. 

Namun apa yang lebih penting, Pas perlu segera keluar daripada pakatan pembangkang sekiranya tidak mahu imej 'kuda tunggangan' dan 'lembu dicucuk hidung' terus membelenggu parti itu oleh DAP dan PKR.

Isu terbaru ialah berkaitan tuntutan Gabungan NGO Hak Asasi Manusia (Comango) yang perlu dihadapi oleh PAS, selain berdepan dengan lebih banyak tuntutan yang mencabar prinsip Islam akibat terperangkap dalam tahaluf siyasi parti-parti pembangkang.

Pas sepatutnya mendesak Comango menggugurkan segala tuntutan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini.

Majlis Syura dan Dewan Ulama Pas perlu menyatakan pendirian sebenar parti itu terhadap tuntutan Comango.

Tuntutan Comango ini merupakan ujian untuk mengukur sejauh mana dominasi Pas dalam tahaluf siyasi, kalau Pas takut dan teragak-agak untuk menjuarai isu orang Islam, maka tahaluf siyasi itu telah gagal.

Sebenarnya apa yang dilakukan bukan Islam di negara kita, termasuk isu penggunaan kalimah Allah adalah cerminan bahawa bukan Islam berani membuat pelbagai tuntutan disebabkan perpaduan di kalangan orang Islam tidak bersatu dalam mendepani sesuatu isu. 

Lebih parah lagi apabila demi menjaga hati rakan, Pas sanggup melakukan tindakan yang nyata merugikan orang Islam.

Teringat MP dengan kata-kata Nik Aziz dan apa kata iblis laknatullah?


Walaupun kumpulan Anwarinas masih dilihat sebagai fraksi yang kuat di dalam parti itu, diharapkan agar PAS benar-benar serius dan ikhlas ingin mencari titik tengah bagi memartabatkan Islam di negara ini.

Yang sudah tu... Sudah lah!

ARTIKAL TERDAHULU: KLIK SINI


0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.