#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

30 November 2013

KECOH!!! Hampir 100 peniaga pasar malam tunjuk perasaan. KLIK baca ni!


Pulau Pinang kecoh lagi apabila lebih kurang 100 orang yang terdiri daripada peniaga pasar malam Taman Bukit Panchor menunjuk perasaan dihadapan pejabat ADUN Jawi (DAP), Nibong Tebal, Pulau Pinang kerana tidak puas hati terhadap ADUN Jawi kerana tidaj membenarkan berniaga dan menutup tapak pasar malam tersebut.

Soon Lip Chee (ADUN Jawi)

Dalam pada itu, arahan dibuat kepada pihak MPSP untuk mengambil tindakan jika sesiapa berniaga disekitar kawasan tersebut.

Selain itu bantahan tersebut diadakan bertujuan untuk peniaga bersemuka dengan ADUN Jawi bagi menyelesaikan masalah yang berlarutan.



Bantahan tersebut diketuai oleh Ahmad Zaini Abdullah bagi mewakili peniaga Pasar Malam Taman Bukit Panchor.

Kemelut itu bermula apabila peniaga pasar malam Taman Bukit Panchor diarahkan oleh pihak pemaju Bukit Panchor Development Sdn Bhd untuk menghentikan operasi berniaga pasar malam bagi memberi laluan kepada pembangunan membina20 unit rumah kedai ditapak pasar malam tersebut.

Setelah kawasan tersebut ditutup, para perniaga terpaksa berniaga ditepi jalan berhampiran dengan tapak lama tanpa sebarang kelulusan.

Oleh kerana tapak baru tidak mendapat sebarang kelulusan dari pihak berkuasa tempatan tindakan telah diambil kepada peniaga terlibat.

Berikutan kejadian itu, seramai 61 peniaga tidak dapat berniaga selama 6 bulan di kawasan tersebut hingga mengalami kerugian sebanyak RM400 hingga ke RM500 selain hilang punca pendapatan.



ARTIKAL TERDAHULU: KLIK SINI




0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.