Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan, Azahar Abd.Rahman berkata, kehadiran pesawat pejuang itu disedari penduduk sejak 7 November lalu apabila pesawat itu kerap kali melalui ruang udara kawasan tersebut kecuali pada hujung minggu.
"Kehadiran pesawat-pesawat tersebut menjejaskan tumpuan pelajar kerana selang beberapa minit akan ada sahaja pesawat yang melintasi laluan udara Tanjung Adang," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Menurutnya, bunyi kuat tersebut jelas mengganggu tumpuan pelajar kerana pesawat itu terbang pada jarak sederhana tinggi.
"Lebih parah, sekurang-kurangnya 10 kali pesawat itu akan ulang-alik akan melintasi ruang udara ini bermula pukul 10 pagi hingga petang," katanya.
Menurut Azahar, masalah itu perlu ditangani segera kerana mengganggu pelajar malah mengganggu kedaulatan dan keselamatan negara.
Sementara itu, Pengerusi Biro Pengaduan Awam UMNO Gelang Patah, Mohd. Faiz Abdullah yang menerima aduan berkenaan membuat satu laporan polis di Balai Polis Gelang Patah di sini hari ini.
0 comments:
Post a Comment