#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

28 November 2013

PKR & DAP gusar berhubung 'Tahalus Siyyasah' UMNO-PAS. KLIK baca ni!


PELUANG TAHALUS SIYYASAH UMNO-PAS SEMAKIN CERAH

Pemilihan pimpinan pusat pada Muktamar Pas ke 59 yang lalu membawa perubahan positif ke arah perpaduan umat Melayu di negara ini.

Walaupun kumpulan Anwarinas masih dilihat sebagi fraksi yang kuat di dalam parti itu, agenda mereka tidak semestinya akan sentiasa berjaya.

Contoh terbaru ialah pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob hari ini.

Perkembangan terkini ini menyebabkan media massa teruja dan orang Melayu khususnya merasa gembira kerana kemungkinan besar sesuatu yang menguntungkan dari segi perpaduan umat Islam di negara ini akan terhasil.

Pada masa yang sama sekutu Pas, PKR dan Dap sudah tentunya akan merasa gusar berhubung cadangan pertemuan.

Pada satu ketika dahulu ketika Datuk Nik Aziz Nik Mat menjadi menteri besar merangkap mursyidul am Pas, perkara ini adalah amat mustahil sekali.

Dengan sikapnya yang begitu keras terhadap UMNO dan Barisan Nasional, setiap usaha unbtuk menemukan pemimpin kedua-dua parti Melayu itu sudah parti di veto oleh beliau.

Malah beliau pernah berkata untuk meludah muka mana-mana pihak dalam Pas yang membawa usul bermuzakarah dengan UMNO.

Walaulah bergelar ulama dan tak guru tetapi malangnya beliaulah yang menjadi batu penghalang terbesar kepada perpaduan orang Melayu ini.

UMNO sebagai parti yang memerintah sentiasa bersikap rasional dan terbuka di dalam isu perpaduan kerana hanya melalui perpaduan sahajalah bangsa Melayu akan menjadi kuat serta dihormati serta digeruni oleh kaum-kaum lain.

Tetapi Pas mengambil sikap yang amat berlainan sekali yang merugikan orang Melayu dan umat Islam.

Nik Aziz menggunakan pengalaman pahit Pas bersama BN pada 1974 hingga 1977 sebagai alasan untuk menuduh UMNO telah menikam belakang parti itu.

Bagaimanapun kajian sejarah telah menunjukkan bahawa pemimpin-pemimpin Pas lah yang menyebabkan tahalus siyyasah bersama BN dahulu terpecah disebabkan tamak haloba mahukan kuasa yang lebih dan jawatan kabinet yang lebih.

Jika dahulu Allahyarham Tun Razak Hussien selaku perdana menteri berjaya menyatukan UMNO dan Pas di dalam BN, kini sejarah akan berulang kembali jika di izinkan Allah swt.

Datuk Seri Najib akan meneruskan usaha ayahanda pula untuk cuba menyambungkan kembali silaturrahim yang sekian lama telah terputus antara kedua-dua parti.

Sebenarnya tidak ada perbezaan antara prinsip serta landasan perjuangan UMNO dan Pas.

Apa tidaknya, bukankah Pas pada asalnya adalah serpihan daripada badan induk UMNO?

Bukanlah satu keganjilan jika Pas bertaut kembali kepada UMNO kerana parti itu adalah darah daging dari badan yang sama!

Jika Pas sentiasa melaungkan slogan Islam untuk menegakkan negara Islam, UMNO juga berprinsip untuk mempertahankan Islam.

Bezanya perjuangan Pas hanya wujud dalam bentuk retorik tetapi UMNO melaksanakan program Islamnya secara praktikal dan bukti yang nyata.

Dari penubuhan Bank Islam pada tahun 1983 sehinggalah kepada menyamatarafkan status mahkamah syariah dengan mahkamah sivil, umat Islam telah menikmati kejayaan UMNO menaikkan syiar Islam di negara ini.

Sekarang isu hudud dibangkitkan sekali lagi oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menegaskan parti itu akan tetap melaksanakan hukum syariah di negara ini jika pakatan pembangkang berkuasa.

Ini bercanggah dengan pendirian pakatan pembangkang yang dikawal oleh PKR dan Dap yang tidak mahu menyentuh langsung mengenai konsep Negara Islam yang diperjuangkan Pas.

Pas dalam hal ini terpaksa menanggung malu dan berkorban apabila bersetuju menamakan impiannya selama ini kepada Negara Berkebajikan, satu anjakan dan perubahan prinsip perjuangan asal yang begitu jauh sekali.

Walaupun Pas meletakkan syarat isu kandungan muzakarah yang bakal di adakan dengan UMNO dalam masa terdekat tetapi ini adalah satu perkara kecil yang tidak sepatutnya membantutkan apa sahaja usaha untuk bersatu padu sesama saudara seagama dan sebangsa.

0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.