Orientasi Seksual dan Identiti Gender" yang berlangsung sebagai sebahagian acara tahunan sesi ke 19 Majlis Hak Asasi Manusia di Geneva, Switzerland. Panel tersebut telah mendapat bantahan daripada Kumpulan Negara OIC bagi Hak Asasi Manusia, yang telah mengirim sepucuk surat kepada Presiden Majlis Hak Asasi Manusia PBB, Laura Dupuy Lasserre bagi menyatakan kebimbangan negara-negara OIC terhadap usaha untuk memperkenalkan di dalam Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia (UDHR) terma-terma serta standard-standard berkenaan Orientasi Seksual dan identiti Gender (SOGI) yang asing di dalam "bahasa" dan "penerimaan nilai-nilai sejagat" berkenaan hak Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual, serta dengan jelas menolak sebarang usaha untuk menjadikan orientasi Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT) sebagai nilai yang sepatutnya diterima semua negara anggota PBB sebagai sebahagian dari hak-hak asasi manusia sejagat.
Percubaan panel tersebut banyak mendapat inspirasi awal dari Prinsip-prinsip Yogjakarta (Yogyakarta Principles), yang merupakan satu set prinsip berhubung orientasi seksual dan identiti jantina yang diwujudkan dengan hasrat untuk memohon piawaian undang-undang hak asasi manusia antarabangsa bagi menangani penyalahgunaan kuasa hak asasi manusia golongan LGBT, dan isu-isu antara seks (intersexuality). Prinsip-prinsip tersebut telah dihasilkan pada satu mesyuarat antara Suruhanjaya Juri Antarabangsa , Perkhidmatan Antarabangsa bagi Hak Asasi Manusia dan pakar-pakar hak asasi manusia dari seluruh dunia di Universiti Mada di Pulau Jawa pada 6 hingga 9 November 2006.
Dokumen penutup "mengandungi 29 prinsip yang didakwa diterima dengan sebulat suara oleh pakar-pakar bersama dengan cadangan kepada kerajaan, institusi-institusi antara kerajaan daerah, masyarakat awam dan PBB sendiri" dinamakan sempena Yogyakarta, wilayah paling kecil Indonesia (tidak termasuk Jakarta) yang terletak di pulau Pulau Jawa. Prinsip-prinsip ini belum diterima oleh negara-negara dalam satu perjanjian, maka secara kendiri, ia bukan bahagian undang-undang hak asasi manusia antarabangsa yang mengikat secara sah, walaupun prinsip-prinsip tersebut bertujuan bertindak sebagai bantuan penafsiran terhadap perjanjian hak asasi manusia.
Antara 29 penandatangan prinsip-prinsip adalah Mary Robinson, Manfred Nowak, Martin Scheinin, Elizabeth Evatt, Philip Alston, Edwin Cameron, Asma Jahangir, yang kesemuanya berhasrat supaya prinsip-prinsip Yogyakarta harus diterima sebagai standard sejagat, mengesahkan standard undang-undang antarabangsa yang mengikat yang mana semua negara mesti patuhi. Walaubagaimanapun, beberapa negara anggota khususnya negara-negara OIC telah menyatakan keraguan mereka terhadap pandangan tersebut.
Prinsip-prinsip tersebut, selain dari mencetuskan Resolusi 17/19 PBB berhubung hak-hak LGBT, telah menjadi sebahagian perkara yang dinyatakan di dalam Laporan Gabungan NGO Malaysia (COMANGO) bertarikh 11 Mac 2013 yang dijadikan asas semakan rekod Hak Asasi Manusia Malaysia pada 24 Oktober 2013 yang lalu. COMANGO telah secara khusus menuntut supaya seksyen 377A Kanun Keseksaan dihapuskan, selain mengesyorkan Malaysia menurut prinsip-prinsip Yogyakarta. Kesan jangka panjang tuntutan ini, yang berselindung di sebalik istilah 'diskriminasi minoriti', ialah untuk membolehkan perkahwinan sesama jenis dijalankan di Malaysia tanpa sebarang halangan undang-undang atau kawalan moral. Selanjutnya KLIK SINI.
MP:
Jom kita sama-sama 'LIKE' page ANTI COMANGO sebagai tanda bantahan kita terhadap mereka. KLIK SINI.
0 comments:
Post a Comment