Kenaikan Gaji ADUN Selangor: Perangkap Buat Khalid?
Di kala Pakatan Rakyat melaungkan kesejahteraan demi rakyat serta mengungkit-ngungkit kemewahan dan perbelanjaan kerajaan pusat, keputusan kerajaan negeri Selangor untuk menaikkan gaji Menteri Besar dan 56 ADUNnya, membuktikan hipokrasi PR yang tiada tolok bandingnya.
Kenaikan yang diperkatakan di sini bukanlah 5%-10% sepertimana kebiasaan di syarikat-syarikat swasta, itupun boleh dikira tinggi. Apa yang mengejutkan ialah kenaikan yang dinikmati oleh pemimpin Selangor adalah ratusan peratus iaitu: 106% bagi Menteri Besar dan 231% bagi Exco, 266% bagi Speaker, 373% bagi Timbalan Speaker dan 87% bagi ADUN.
Kenaikan ini bermakna daripada 66.2% daripada RM1.85 billion dari Belanjawan Negeri tahun hadapan, akan digunakan untuk menampung kos pengurusan sahaja manakala baki 33.8% sahaja yang tinggal untuk pembangunan.
Soalan yang paling tepat untuk apa yang berlaku ini ialah: “Apa kejadahnya?”
Mungkin ramai terlepas pandang bahawa Selangor baru sahaja menaikkan elaun ADUN dua tahun lepas sepertimana yang diumumkan dalam Belanjawan Tambahan pada 12 April 2011. Kenaikan pada waktu itu melibatkan RM1.27 juta.
Apa yang berlaku menunjukkan pemimpin PR Selangor langsung tidak sensitif dengan keluhan rakyat mengenai harga barang yang meningkat dan juga pengurangan subsidi yang terpaksa dilalui. Sebaliknya, pemimpin PR terlebih dahulu memastikan yang hidup mereka tidak terjejas malah bertambah senang sebelum memikirkan mengenai rakyat.
Lebih menarik lagi, Penasihat Kewangan Selangor, Anwar Ibrahim, nampaknya turut mempersoalkan kenaikan ini. Malah, Anwar membuat kenyataan terbuka mengenai rasa kurang senangnya dengan kenaikan yang begitu drastik. Dan, ini bukan kali pertama Anwar menegur Khalid.
Hanya beberapa minggu lalu, Anwar mengkritik Khalid di hadapan orang ramai dalam forum Laporan Ketua Audit Negara di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di Petaling Jaya. Beliau secara terus terang meminta Abdul Khalid agar tidak lagi berbangga dengan lebihan kewangan yang diperoleh tetapi gagal dalam membelanjakannya dengan baik.
Memandangkan kenyataan itu keluar dari mulut Anwar iaitu seorang politikus tegar, kita mengambilnya sebagai mempunyai berbagai makna yang tersirat. Antara yang dapat difahami dari kenyataannya ialah beliau sedang membuka laluan untuk Azmin Ali menggantikan Khalid.
Kita pasti, Khalid juga cukup sedar akan hal ini.
Justeru, tidak mustahil tindakan Khalid menaikkan gaji Exco dan ADUN adalah salah satu langkah untuk menyelamatkan diri. Beliau sedar yang beliau perlu meraih sokongan dari mereka ini andainya terdapat usul tidak percaya terhadapnya sebagai Menteri Besar. Seperti kelaziman politik PR, tiada umpan yang lebih baik untuk mendapat sokongan selain dari ‘wang’.
Walaubagaimanapun, tindakan Khalid mengundang pandangan sinis rakyat terhadap kerajaan PR Selangor. Sikap hipokrit dan tidak sensitif pemimpin PR kini terserlah dengan sejelas-jelasnya. Apatah lagi apabila Khalid tidak dapat memberi penjelasan yang rasional terhadap tindakannya itu.
Dari cakap-cakap kedai kopi dan sembang-sembang laman sosial, kita dapat mengesan perasaan tidak puas hati rakyat. Penyokong PR juga turut merasa gelisah dengan apa yang berlaku, apatah lagi apabila Anwar sendiri turut menunjukkan rasa tidak senang dengan apa yang berlaku.
Walaupun Khalid mungkin mampu mengambil hati para Exco dan ADUN, tetapi Khalid jelas tidak dapat mengambil hati rakyat.
Nampaknya, Khalid telah memerangkap diri sendiri dengan meletakkan dirinya antara rakyat dengan pemimpin Selangor.
APA ADA MASALAH. TAHUN DEPAN DARI KERAJAAN PUSAT MASUKAN DALAM SIMPANAN REZAB NEGERI. DAH BERBILION WEI...REZAB NEGERI. NEGERI LAIN MANA ADA...PR JER BOLIH JIMAT PERBELANJAAN.
ReplyDeleteJALAN RAYA..JAMBATAN DAN SEGALA INFRASTUKTUR TAK PERLU DISELENGGARA. DAH BANYAK KEMALANGAN DAN JAMBATAN RUNTUH SEHINGGA MENGAMBIL NYAWA... BARULAH SIBUK. ITU PUN TAK MENGAPA...KERAJAAN PUSAT KAN ADA. UMNO PUN ADA UNTUK DIPERSALAHKAN.
ITU UNTUNGNYA BANYAK REZAB NEGERI. SALAH SATUNYA...NAIKAN GAJI. INILAH CARA PALING TERHORMAT AMBIL WANG RAKYAT. SIAPA ADA KISAH...SPRM?...RAKYAT BISING? PEDULIKAN..LAMA2 SENYAPLAH. BAGI SEKAMPIT BERAS...DIAMLAH DIORANG NANTI. INIKAN NEGERI KEBAJIKAN. RAKYAT MESTI DIDAHULUKAN.
INILAH MENTALITI PAKATAN HAPRAK.. APA SAJA MEREKA BUAT SEMUA BOLIH. BILA BN BUAT TAK BOLIH. KEMUDIAN BUATLAH PERSEPSI. ADA2KAN BUKTI. MAKA RAMAILAH YANG TERANGGUK ANGGUK. KALAU YANG BENGAP KAT KAMPUNG2 TU..TAK APELAH. INI YANG TERPELAJAR PUN SAMA BENGAPNYA.
Terangguk-angguk tak pakai otak... TOLOL TONGONG namanya tuuuu!!!
ReplyDelete