#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

18 November 2013

CETUS KONTROVERSI: Surendran dan Anwar serupa saja perangainya... KLIK baca ni!


LAMA sudah kita tak lihat atau dengar kelibat anggota pembangkang yang tindak tanduknya agak pelik dan celupar, siap sekali dengan aksinya yang kali terakhir dilakukan oleh Tian Chua.

Sampai 'popularlah' dia dengan lagak hero berbaring di hadapan trak FRU ketika rusuhan reformasi di Dataran Merdeka dahulu. Itu belum lagi isu memfitnah pemimpin negara melalui gambar bersama seorang wanita melalui teknik photoshop.

Tapi kini 'gaya' serupa Tian Chua seakan-akan muncul kembali. Kali ini dipaparkan pula oleh Naib Presiden PKR yang juga Ahli Parlimen Padang Serai, N. Surendran.

Minggu lalu, Surendran digantung enam bulan daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat ekoran kenyataannya yang menghina Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Dewan Rakyat. Ini ekoran perbuatannya menuduh Pandikar Amin memberi fakta tidak benar dan Speaker bersifat bias.

Dalam isu penggantungannya, sebenarnya Selasa lepas lagi, dia telah diarahkan keluar dari Dewan Rakyat selama dua hari oleh Pandikar Amin kerana mencabar keputusan Speaker menolak usulnya untuk membahas isu perobohan struktur tambahan di kawasan luar kuil Sri Maneswarar Kaliyaman, di Jalan P. Ramlee, Kuala Lumpur.

Padahal, Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel yang mewakili kaum India di negara ini pada Isnin lepas menjelaskan kerja perobohan hanya membabitkan gerai dan bahagian sisi kuil itu manakala bangunan rumah ibadat itu tidak diusik dalam operasi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merobohkan struktur tambahan di kuil itu pada Ahad lepas.

Tapi seperti biasalah, Surendran tetap tidak puas hati, kemudiannya membuat sidang akhbar di luar dewan dan menuduh Pandikar Amin bersikap berat sebelah dan menyamakan Parlimen Malaysia sebagai Parlimen Zimbabwe yang dimiliki Presiden Robert Mugabe.

Sebenarnya dalam beberapa bulan ini kalau rakyat perhatikan, Surendran memang gemar mencetuskan kontroversi.

Cuba kita renung-renungkan kelibatnya... Selanjutnya KLIK SINI

0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.